Aying rasa berdebar
mendengarkan jeritan tadi. Dia mula memikirkan tentang kes rasuk & histeria
yang pernah berlaku di kampus kebelakangan ini. Di koridor ada beberapa pelajar
yang kembali ke dalam bilik masing-masing dengan pintu dibiarkan terbuka. Ada yang
buat tak tahu dan terus kembali ke bilik untuk sambung tidur. Ada juga yang
sengaja bersidai di koridor sambil berborak dan mengumpat.
Dalam
kebuntuan, Aying kembali ke bilik & membiarkan sahaja pintunya dibuka.
Tiadalah rasa sunyi. Sekurang-kurangnya jika Ash mahu masuk, dia tidak perlu
membuka pintu. Hiruk-pikuk tadi semakin reda. Terdengar suara warden dari arah
tangga hujung menuju tingkat atas. “Senang la sikit kerja dia. Warden dah
naik.” Kata Aying sendirian. Dia mencapai telefon Ash dengan niat menggodek
aplikasi permainan Clash of Clans kepunyaan rakannya.
Elektrik
kembali pulih sebelum sempat permainan tersebut habis loading. Aying membatalkan niatnya. Kedengaran suara kelegaan serta
keluhan warga asrama. Telefon dicampak ke tilam. Dia kembali ke desktop untuk
memeriksa kerosakan yang mungkin berlaku ketika blackout tadi. Suis power di CPU ditekan semula.
Ash
berjalan masuk ke bilik selamba. “Settle dah. Budak lemah semangat. Kau camne?”
Aying memandang Ash sebentar sebelum matanya kembali menghadap skrin. “OK je.
Takut aku kot rosak pulak komputer ni.” Jawab Aying sedikit risau.
“Tu
boleh settle nanti. Rileks la.” Ash cuba menenangkan. Dia menuju ke almari &
mengambil dua peket indomee selepas menutup pintu bilik. Aying tersenyum
melihatkan komputernya beroperasi seperti biasa. “Haa.. kan dah elok. Tak payah
hantar kedai.” Tambah Ash.
***
Sejuk.
Khairi berkelubung kembali dalam selimut usai solat subuh. Hujan lebat turun
awal pagi itu. Bilik ibunya cerah. Ibu mungkin sedang berzikir, fikirnya. Zack
yang berada di katil sebelah masih lena dek kedinginan sekitar. Adik
perempuannya di bilik sebelah, barangkali lena juga.
Kejadian
komputer jammed tadi masih melekat
dalam kotak ingatan Khairi. Sorotan mata wajah karakter yang nampak real dalam kotak iklan di perkakas
torrent benar-benar mengganggu fikirannya. Perasaan best, teruja & sedikit
takut, semuanya bercampur-baur. Sudah banyak permainan komputer & konsol
bergenre seram yang pernah dimainkan namun apa yang dilihatnya itu seolah-olah
lain dari yang lain.
Jika
permainan siri permainan Silent Hill & Obscure disatukan, ia mungkin tidak
akan sama feelnya daripada permainan
yang baru ini. Pelbagai andaian ligat bermain dalam benak fikiran anak sulung
tiga beradik ini. Semakin difikirkan semakin gatal adrenalin mencucuh dalam
sistem tubuh. Dia merasakan permainan online itu harus dimainkan walau apa pun
terjadi.
Siang
khamis yang free. Tiada program. Tiada appointment berjumpa pelanggan mahupun melakukan
penghantaran barang. Ini menambahkan rasa teruja dan confirm dia perlu mencuba
permainan online itu sepantas mungkin.
Rileks
dulu, fikirnya. Dia terasa seperti ingin bersantap di Kafe Mesra Ria, tempat bersarapan
selang satu blok port bersidai waktu
malam. Antara mi kari mahupun roti jala kuah kambing 2 set, dia sibuk memilih
keputusan sesuai untuk sarapan pagi itu. Mungkin sahaja selepas bersarapan dia
akan terus pulang meneruskan niat lagha yang menggeletek jiwanya sebagai
seorang bekas gamer tegar.
Namun
begitu Khairi masih tewas berselimut atas katil. Perasaan malas masih menguasai
diri. Dia mencapai telefon pintarnya untuk membalas Ash melalui whatsapp dek missed call yang diterimanya beberapa
jam tadi.
***
“Wuih..
aku kat mana ni?” Lelaki itu terkejut tatkala dia membuka matanya. Dalam
berbaring dia melihat keadaan sekeliling.
Kelam.
Lampu
bilik di bahagian atas dinding bersinar malap seolah mentol jimat tenaga sudah
hampir mencapai tarikh luputnya. Dia bingkas bangun, dalam keadaan duduk dia
melihat keadaan bilik. Terdapat katil bujang lain di sebelahnya selang satu meja
berlaci kecil di sebelah kiri kepala katil. Di hujung katil terdapat meja kecil
& kerusi. Barangkali meja solek, fikirnya. Pintu tandas berdekatan dengan
sudut kanan bilik dan pintu bilik yang terletak hanya beberapa meter dari situ.
Terdapat
juga dua potret di dinding depan dan kiri. Di hadapan kelihatan seperti potret
seorang lelaki yang tidak dikenali. Wajahnya pan-asian. Mungkin orang melayu campur, mungkin cina bukit. Ah!
Tiada masa untuk semua itu, bentaknya dalam hati. Dia terus memunggah meja di
kepala katil mencari telefon pintarnya serta barangan lain.
Sebentar.
Ini mungkin hanya mimpi, fikirnya lagi. Dalam keadaan kembali duduk dia
memejamkan mata & bernafas beberapa kali.
Dia
membuka kembali matanya.
Keadaan
masih sama. Di tangannya terdapat telefon pintar. Dia menekan butang power di
sisi telefon.
Masih
berfungsi. Lelaki berusia awal 20an itu tersenyum. Dia kembali muram sesaat
kemudian apabila mendapati tiada tanda liputan. Dalam keadaan buntu dia
meletakkan telefon itu kembali di atas meja tadi. Selang beberapa ketika kemudian
dia menampar dirinya. Sakit.
Dia
bangun dari katil. Backpacknya yang
separa berisi masih berada di situ. Tanpa berfikir panjang dia mengumpul
kembali barang-barangnya & berniat untuk keluar dari situ. Keserabutan
bersarang dalam benak fikirannya.
Ya. Dia
ingat. Dia sedang menginap di sebuah hotel untuk bertemu rakannya di kawasan
sekitar. Dia lihat kembali sekeliling. Lelaki itu cuba mengimbas kembali
keadaan terakhir yang diingati sebelum semua kekalutan ini terjadi. Tidak. Semuanya
kelihatan sama saja. Sambil dia mengemas dia memerhatikan juga keadaan bilik
dalam kesamaran. “Ada yang berubah, tapi apa?” Dalam keadaan separa blur,
separa kalut, dia cuba mencari jawapan.
Dia
memukul backpack dalam keadaan tidak berpuas hati & menuju ke tandas untuk
mencuci muka. Selesai beberapa bilasan, dia menghadap cermin di sinki.
Dilihatnya pula akan mangkuk tandas & setiap inci ruang tandas ditiliknya.
Tiada perubahan. Hatinya masih belum sedap. Dia harus keluar.
Tuala
dicapai dan wajah dilap kering. Sedang dia mengeringkan wajahnya, terdengar dendangan
lagu “Dear God” dari kumpulan Avenged Sevenfold.
Telefon.
Lelaki
tersebut terus parkour ke arah katilnya, melangkaui katil sebelah. Ada
panggilan.
Private
Number
“Pulak
dah..” kata lelaki tersebut perlahan. Dia tidak berpuas hati. Angkara siapa
semua ini? Mahu atau tidak, dia terpaksa menjawab panggilan itu. Jarinya
menyentuh logo gagang hijau pada kiri skrin & meluncurkannya ke kanan. Dia
terus menyambut panggilan.
“Hello?”
bersambung...
0 maklumbalas:
Post a Comment