Wednesday, March 18, 2015

Cerita Satu Petang - Ariff Adly

3:04 PM Posted by Unknown 2 comments
“Arel, hang tau cerita pasai Epul dak?”
“Epul mana?” soal Arel.
“Ala, Epul Bangsar la, hat bukak warung tepi sekolah Taman Delima tu? Dulu dia 1 sekolah kita jugak, dok dekat dengan empangan nuh.”
“Oh haa, awatnya?”
“Hang tau dak bisnes dia sekarang masyuk oh! La ni dia dok usya-usya kedai, nak bukak restoran katanya.”
“Oh, power. Baguslah tu kan?” balas Arel.
Tahir menyalakan sebatang rokok, “Haa ni yang hang taktau, hang agak macam mana bisnes dia boleh maju macam tu?”
“Er.. maksud kau?”
“Ni nak habaq kat hang ni,” dia mengambil masa senggang menyedut asap rokok dalam-dalam, “…dia pakai pelaris.” Hembus.
“Pelaris? Kau ni biar betul? Mana kau–”
“Eh come on la Arel, takat bukak gerai tepi sekolah, hang ingat macam mana dia boleh buat untung banyak? Fikir logik la sikit. Jangan terus percaya apa yang kita nampak ja, kena ambil kira benda yang kita tak nampak jugak.”
“Tudia hang punya falsafah. Kahkah.” Arel tersengih, “Eh tapi kalau memang dia masak sedap, orang suka, boleh je kot? Kotlah.”
“Haha hang ni naif sangatlah Arel. Harap ja belajaq tinggi-tinggi, kerja opis besaq.” Tahir ketawa kecil.
“Haa ni lagi satu,” Tahir menepuk meja, “…dia kata dia bukak restoran tu nanti dengan business partner. Aku rasa dia sembang ja tu. Dia mana ada kawan banyak sangat pun nak jadi business partner! Family dia semua pun duk jauh kot.”
“Eh habis tu macam mana–”
“Dia bela toyol!”
“Heh engko ni makin lama makin–”
Henfon Arel berdering.
“Hello. Haa, apa cerita?”
“Sat noh.” Kata Arel, bingkas bangun keluar dari kedai.
Tahir mencicip kopinya menganggukkan kepala sebagai signal ‘Okay’. Tangannya mengetis abu rokok di atas lantai walaupun ashtray elok sahaja letaknya di hadapan mata.
**
“Uih lama sembang, bisnes 3  juta ka?”
“Kahkah. Taklah, member aku. Aku pun nak bukak bisnes jugak sebenarnya, tadi dok cerita pasal kedailah.” Jawab Arel, menyalakan sebatang rokok.
“Eh haa apa dia kau cakap tadi? Toyol?”
“Haa-haa betul, dia bela toyol! Hang percayalah cakap aku Arel, aku tau lah Epul tu macam mana. Belajaq takat SPM ja, sama jugak macam aku. Ingat la ni senang ka bank nak luluskan loan? Lagi kerja sendiri macam tu. Sapa ja nak jadi business partner dia? Orang takdak akai ja sanggup jadi business partner dia aih, takdak jaminan masa depan!”
“Eh kau ni real betul sembang. Kau ada jumpa dia tanya sendiri tak?”
“Dak aih. Aku sendiri dekat 6 tahun tak contact dia.”
“Dah tu mana kau tau semua ni?”
“Tu haa, Pak Mael jiran Ali Tempang, dia punya sedara punya jiran punya cerita. Jiran dia tu pulak dok sebelah taman dari rumah Epul. Haritu depa balik kampung, kebetulan aku ada kat sana, depa sembang-sembanglah pasal Epul.”
“Jadi kau pun dengar-dengar cerita jugaklah ni?”
“Ha lah!”
“Ooo.” balas Arel ringkas.
“Eh by the way tadi tu member hang yang mana? Kot aku kenai ka?” soal Tahir.
Arel menyedut asap rokok, hembus
“Business partner aku, Epul.”
Tahir terdiam. Suasana di gerai E&Y terasa sangat kekok baginya. Dia mencapai gelas yang berisi kopi susu dan meneguknya hingga habis.
Hanya suara televisyen, deruman enjin kenderaan dan bunyi gelas berdeting yang menemani.

2 comments:

  1. Konklusinya , siapa Arel tu ? Business partner Epul seperti apa yang dia kata , atau the green creature yang dipanggil toyol ? Do answer me . Getting confused and goose bump . kahkah

    ReplyDelete