Thursday, May 7, 2015

Manusia Tak Bersayap - Muhaimin

7:23 AM Posted by Peachy XX No comments
Petang tu, seperti biasa aku dan Maria duduk melepak dekat padang sambil berbaring di atas rumput. Fe-feeling macam babak student dekat negara omputih yang selalu muncul dekat tv. Maria asyik memerhati sekeliling dan aku pulak asyik memerhati dia. Cliché, kan?
Maria – seorang pemerhati yang bagus. Dia tak akan percaya sesuatu benda yang dia tak tengok dengan mata kepala dia sendiri. Orang yang complicated sikit. Tapi aku suka prinsip dia.
“Kau tahu, manusia sebenarnya boleh terbang. Macam burung,” kataku, sekadar untuk memecahkan kesunyian tika petang tu. Yalah, kalau masing-masing senyap baik balik and stay dekat rumah je, kan?
“Huh? Like seriously? Fakta dari mana kau dapat ni?” Maria mengerutkan dahinya. Riak wajahnya pelik semacam. Mungkin dia tak pernah dengar fakta itu sebelum ini.
Aku tak hairan. Ramai je orang yang tak percaya tapi aku tak kisah. Bagi aku, sudah cukup kalau Maria percaya.
“Betul, aku tak tipu.” Aku cuba meyakinkan dia sambil menganggukkan kepala.
“Tapi macam mana? Manusia bukannya dari species burung yang memang boleh terbang. Sedangkan ayam pun tak boleh terbang.”
Maria masih tak percaya.
“Tapi aku boleh.”
“Serious?” Maria angkat keningnya. Dia masih ragu-ragu.
“Yup. Semalam baru aku mimpi,” jelas aku.
“Pftt. Kalau mimpi ikan paus pun boleh berjalan atas darat.” Maria mencebikkan bibirnya.
Mungkin dia hampa tapi tak apa, nanti aku akan buktikan.
Aku pandang ke langit. Kemudian aku cuba memandang dia. Mata kami sempat bertemu tapi Maria mengalihkan pandangan. Sah, dia hampa. Seperti yang aku cakap berulang-ulang kali, ‘jangan risau, nanti aku akan buktikan’.
“Tapi kalau aku boleh terbang betul-betul, apa kau nak buat?” Aku cuba menduga dia.
“Kita couple,” katanya serius.
Aku tersenyum. Ini peluang yang terbaik, bisikku.

*****
Aku mendepakan kedua-dua belah tanganku umpama anak burung yang baru mengembangkan sayapnya. Sekali-sekala aku mengibas kedua belah tanganku persis seekor burung. Aku tahu ramai yang tak percaya bila aku cakap aku boleh terbang.
Mak, Bapak dan kawan-kawan semuanya mempertawakan aku. Tapi takpe, malam ni aku akan buktikan aku juga bisa terbang. Dan, sudah semestinya Maria akan jadi saksi untuk peristiwa bersejarah ini.
“Amin, kau serious yang kau boleh terbang ni?” Maria menyoal sekali lagi. Mukanya nampak risau. Ah, tak perlu risau nanti tiap malam kita akan terbang bersama-sama.
Aku mengangguk. Aku sudah bersedia untuk ini.
Satu, dua, tiga. Aku melompat dari rooftop bangunan yang ada 13 tingkat itu. Aku terapung.
“Maria tengok, aku boleh terbang,” kataku dengan penuh teruja.
Tapi belum sempat Maria melihat aku terapung (terbang), aku merasakan graviti mula menarik aku ke bawah.
 “Uh-oh, sayap aku tertinggal dekat dalam mimpi,” kataku sebelum jasad bertembung dengan bumi.



Sunday, May 3, 2015

Parallel Offline (bhg. 4)

12:29 PM Posted by Ed Khilaf (Ed) No comments
“Woi gila, ko buat apa?” tanpa salam, Ash memulakan bicara. Sambil mengunyah sarapan Khairi melayan sahaja kelakuan sahabatnya. Headset dipasang selamba. Dia menelan dan membalas dengan tenang, “Gila eh? Mana salam? Ko dah sarapan ke belum?” Mereka berdua tertawa serentak dalam talian. “Takde la. Awal gila ko tido semalam? Tak reply pun whatsapp.” tanya Ash. Keadaan kembali tenang.
“Malas la. Aku tengah sedap blog surfing. Ada pulak masa nak layan kau.” Jawab Khairi sinis. “Macam ni laa,” Ash acah mengeluh. Dia menyambung, “Wei, malam tadi ada kes sampuk kat hostel aku.” Belum sempat dia menyambung cerita, Khairi mencelah, “Haa... kang ko citer. Aku tengah menikmati mi kari ni. Sedap.” Dia menghirup nikmat sedikit kuah buat tatapan deria mendengar rakannya. Ash tergelak kecil. Tertekan juga perasaannya kerana belum lagi bersarapan.
“Bodo la. Saja je la ko. Haa.. nanti aku mesej ko balik. Ko makan la puas-puas.” Kata Ash menamatkan perbualan. “Woi, jap. Malam tadi kan time aku tengah download movie, jumpa satu window ni. Game seram. Cambest woi. Grafik dia power.” Khairi mencelah, memanjangkan sedikit perbualan. “Power mende? Ko dah main ke?” soal Ash.
“Belum” jawab Khairi. “Tapi mata satu karakter tu macam jeling ke aku la.”
“Tu tanda ko tak cukup rehat.” Ash memintas perbualan. “Dah lah, nanti mesej balik.” Ash memutuskan talian. Khairi mencabut headsetnya & menyambung kembali sarapan.

Ash memasukkan telefonnya ke dalam kocek seluar. “Pebende ntah mamat ni. Jadi lagi hantu malam-malam. Kang kena kacau baru tahu. Jap... kalo dia kena kacau, mesti dia report ke aku, pastu aku bahan dia balik kaw-kaw kat timeline. Hahaha!” angan Ash sendirian. Dalam dia sengih mengekeh seorang diri, sedikit pun dia tidak sedar bahawa Aying sudah berada di belakangnya.
“Tergelak mende ko ni wei?” suara Aying menyedarkan Ash dari igauan. Ash sedikit terkejut dek teguran. Dia berpusing ke belakang & menghadap Aying yang mengusung fail serta buku IELTS yang tebal. Rakan sebiliknya yang kantoi hanya mampu tersengih.
“Bodo la ko Aying. Terkejut aku.” Jawab Ash. “Takde la haa... Aku call si Khairi tadi. Kacau dia kejap.” Dia menyambung lagi.
“Tu la engko. Dah jom gi sarapan. Alang-alang tu tolong aku settlekan english ni.” Kata Aying selamba. Ash yang dari tadi duduk di atas bangku panjang foyer fakulti bangun mengikuti rakan kesayangannya itu menuju kafe. Dia masih teringatkan kejadian malam semalam.
“Malam tadi kan, budak bilik atas citer yang roommate baru tu macam ada nampak benda sebelum blackout. Start gelap, budak tu dah start takut pastu terjerit-jerit.” Ash memulakan cerita.
“Budak atas? Bilik siapa?” kata Aying yang menoleh sejenak ke arah Ash sebelum kembali memandang ke depan. Dia merasakan getaran dalam handbagnya. Entah mesej dari siapa, dia hanya mengabaikan. Aying mengalihkan kembali fokus ke arah cerita.
“Najwa, budak arkitek yang niqabis tu. Budak bilik dia baru masuk 2 minggu lepas. Tak tau pulak lemah semangat sampai kena sampuk. Gaya serupa tomboy nak ke pengkid. Sekali menggelupur. Habis kecoh.” Ash meneruskan kisah. Dia tersengih kecil.
“Oh, Najwa. Bila masa pulak ada roommate baru tak tau pun. Okay, pastu apa jadi?” tanya Aying lagi. Sedang mereka hampir masuk ke dalam kafe, kelihatan dua orang pelajar lelaki dari meja berdekatan seolah menjeling kearahnya. Aying mengalihkan pandangannya ke arah lain. Timbul rasa menyampah dalam hatinya.
Ash membawa rakannya ke meja hujung yang kosong. Kafe itu agak penuh dengan pelajar yang baru selesai kelas pagi. “Kang aku sambung. Ko gi la beli dulu.” Kata Ash. Dia menghulurkan not lima ringgit kepada Aying. “Aku nak bihun goreng sambal lebih dengan teh o ais.”
“Nanti la ko bagi. Guna duit aku dulu.” Aying terus beredar membeli makanan. Ash mengeluarkan telefon pintar dari saku. Seperti biasa aplikasi whatsapp & twitter menjadi laman rasmi sehari-hari sambil memasang telinga terhadap suara-suara sekeliling. Manalah tahu ada berita yang boleh dijadikan bahan bualan.
Whatsapp dibuka. Dia menekan pada tetingkap bualan Khairi dan menaip;

“Ko test la game tu. Nanti citer kat aku. Bagi link sekali.”