“Woi gila, ko buat apa?”
tanpa salam, Ash memulakan bicara. Sambil mengunyah sarapan Khairi melayan
sahaja kelakuan sahabatnya. Headset dipasang selamba. Dia menelan dan membalas
dengan tenang, “Gila eh? Mana salam? Ko dah sarapan ke belum?” Mereka berdua
tertawa serentak dalam talian. “Takde la. Awal gila ko tido semalam? Tak reply
pun whatsapp.” tanya Ash. Keadaan kembali tenang.
“Malas la. Aku tengah
sedap blog surfing. Ada pulak masa
nak layan kau.” Jawab Khairi sinis. “Macam ni laa,” Ash acah mengeluh. Dia
menyambung, “Wei, malam tadi ada kes sampuk kat hostel aku.” Belum sempat dia
menyambung cerita, Khairi mencelah, “Haa... kang ko citer. Aku tengah menikmati
mi kari ni. Sedap.” Dia menghirup nikmat sedikit kuah buat tatapan deria
mendengar rakannya. Ash tergelak kecil. Tertekan juga perasaannya kerana belum
lagi bersarapan.
“Bodo la. Saja je la ko.
Haa.. nanti aku mesej ko balik. Ko makan la puas-puas.” Kata Ash menamatkan
perbualan. “Woi, jap. Malam tadi kan time aku tengah download movie, jumpa satu
window ni. Game seram. Cambest woi. Grafik dia power.” Khairi mencelah,
memanjangkan sedikit perbualan. “Power mende? Ko dah main ke?” soal Ash.
“Belum” jawab Khairi.
“Tapi mata satu karakter tu macam jeling ke aku la.”
“Tu tanda ko tak cukup
rehat.” Ash memintas perbualan. “Dah lah, nanti mesej balik.” Ash memutuskan
talian. Khairi mencabut headsetnya & menyambung kembali sarapan.
Ash memasukkan telefonnya
ke dalam kocek seluar. “Pebende ntah mamat ni. Jadi lagi hantu malam-malam.
Kang kena kacau baru tahu. Jap... kalo dia kena kacau, mesti dia report ke aku,
pastu aku bahan dia balik kaw-kaw kat timeline.
Hahaha!” angan Ash sendirian. Dalam dia sengih mengekeh seorang diri, sedikit
pun dia tidak sedar bahawa Aying sudah berada di belakangnya.
“Tergelak mende ko ni
wei?” suara Aying menyedarkan Ash dari igauan. Ash sedikit terkejut dek
teguran. Dia berpusing ke belakang & menghadap Aying yang mengusung fail
serta buku IELTS yang tebal. Rakan sebiliknya yang kantoi hanya mampu
tersengih.
“Bodo la ko Aying. Terkejut
aku.” Jawab Ash. “Takde la haa... Aku call si Khairi tadi. Kacau dia kejap.” Dia
menyambung lagi.
“Tu la engko. Dah jom gi
sarapan. Alang-alang tu tolong aku settlekan english ni.” Kata Aying selamba. Ash
yang dari tadi duduk di atas bangku panjang foyer
fakulti bangun mengikuti rakan kesayangannya itu menuju kafe. Dia masih
teringatkan kejadian malam semalam.
“Malam tadi kan, budak
bilik atas citer yang roommate baru tu macam ada nampak benda sebelum blackout.
Start gelap, budak tu dah start takut pastu terjerit-jerit.” Ash memulakan
cerita.
“Budak atas? Bilik siapa?”
kata Aying yang menoleh sejenak ke arah Ash sebelum kembali memandang ke depan.
Dia merasakan getaran dalam handbagnya. Entah mesej dari siapa, dia hanya
mengabaikan. Aying mengalihkan kembali fokus ke arah cerita.
“Najwa, budak arkitek
yang niqabis tu. Budak bilik dia baru masuk 2 minggu lepas. Tak tau pulak lemah
semangat sampai kena sampuk. Gaya serupa tomboy nak ke pengkid. Sekali
menggelupur. Habis kecoh.” Ash meneruskan kisah. Dia tersengih kecil.
“Oh, Najwa. Bila masa
pulak ada roommate baru tak tau pun. Okay, pastu apa jadi?” tanya Aying lagi.
Sedang mereka hampir masuk ke dalam kafe, kelihatan dua orang pelajar lelaki
dari meja berdekatan seolah menjeling kearahnya. Aying mengalihkan pandangannya
ke arah lain. Timbul rasa menyampah dalam hatinya.
Ash membawa rakannya ke
meja hujung yang kosong. Kafe itu agak penuh dengan pelajar yang baru selesai
kelas pagi. “Kang aku sambung. Ko gi la beli dulu.” Kata Ash. Dia menghulurkan
not lima ringgit kepada Aying. “Aku nak bihun goreng sambal lebih dengan teh o
ais.”
“Nanti la ko bagi. Guna
duit aku dulu.” Aying terus beredar membeli makanan. Ash mengeluarkan telefon
pintar dari saku. Seperti biasa aplikasi whatsapp & twitter menjadi laman
rasmi sehari-hari sambil memasang telinga terhadap suara-suara sekeliling. Manalah
tahu ada berita yang boleh dijadikan bahan bualan.
Whatsapp dibuka. Dia
menekan pada tetingkap bualan Khairi dan menaip;
“Ko test la game tu. Nanti
citer kat aku. Bagi link sekali.”
0 maklumbalas:
Post a Comment