Saturday, March 14, 2015

Devil in Red (Part 1) - Ariff Adly

7:24 PM Posted by Unknown No comments
Tajuk asal "Devil in Red" ialah "The Devil Isn't Always Evil" karya Asyraf Syahir dalam bentuk skrip teater (bahasa Inggeris) yang telah aku ubah sedikit isi dan format supaya menjadi cerpen kerana aku suka idea yang ditampilkan. Jadi kredit "Devil in Red" harus diberikan kepada Asyraf Syahir. 
**
Lantaklah apa nak jadi lepas ni, I have to finish him off . I have to.
Itu sahaja yang sedang bermain dikotak fikiran Joe buat masa ini. Dia sudah letih hidup bersama ayah tirinya yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri seorang ayah.
Kaki mabuk, kaki judi, kaki perempuan.
Cukup tiga kriteria yang mampu memusnahkan institusi keluarga. Tapi apa itu keluarga? Sejak kecil Joe tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Ibunya sendiri jarang berada di rumah, selalu kerja hingga lewat malam demi menyara dia dan ayah tirinya.
Tapi itu cerita dulu, ketika ibunya masih punya hayat di dunia.
Sekarang ibunya juga sudah pergi berjumpa Tuhan, dan mungkin sekali sedang bersama dengan ayah kandungnya. Ayah kandung yang Joe sendiri hanya kenal melalui beberapa keping gambar.
Dan sejak pemergian ibunya juga Joe mula rasa hidupnya yang sudah sememangnya tidak teratur menjadi semakin berantakan apabila terpaksa berkongsi bumbung dengan manusia yang sifatnya serupa syaitan. Tunggang-terbalik.
Sambil mengusap wajah yang bengkak akibat ayah tirinya yang mabuk semalam, matanya memandang tajam ke arah pisau pemotong daging. Perlahan-lahan tangannya menarik keluar pisau dari rak. Dia terhenti beberapa ketika melihat tangan kanannya yang juga lebam dan berparut. Juga berpunca dari ayah tirinya yang memang kaki pukul.
2 tahun setengah Joe cuba menahan amarah, hari ini sabarnya sudah hilang.

“Engkau dengan mak kau sama je. Anjing. Hidup menyusahkan orang!”

Kata-kata ayah tirinya sejak tadi terngiang-ngiang di telinga. Dia masih mampu sabar hidup bersama sampah seperti ayah tirinya, masih mampu tahan dipukul dan dicaci. Tetapi bukan ibunya. Selama ini pun ibunya yang berhempas pulas mencari rezeki, nak harapkan si gampang itu, haram.
Matanya tidak berkelip memandang tepat ke arah ayah tirinya yang sedang tidur di atas sofa ruang tamu bertemankan botol air kencing syaitan dan bekas abu rokok yang sudah terbalik.
Kakinya melangkah perlahan. Setiap langkah yang dibawa menjadikan degupan jantungnya semakin laju. Bukan dek takut, tetapi teruja.
Teruja untuk mula hidup baru tanpa ayah tirinya. Semakin hampir dia dengan ayah tirinya, jantungnya semakin laju. Peluh mulai membasahi pelipat dahinya.
Leher? Dada? Perut?
Atau kepala?
4 bahagian yang mampu memberikan kecederaan fatal untuk manusia. Dan Joe harus memilih salah satu bahagian sebagai permulaan.
“Shit!”
Langkahya terhenti apabila kakinya terlanggar satu botol kosong menghasilkan bunyi yang agak kuat di dalam rumah yang sunyi itu. Botol itu berguling buat beberapa ketika sebelum berhenti.
“Diamlah sikit bodoh! Aku nak tidur!” dengus ayahnya.
Matanya masih tertutup.
Dia masih tidak perasan anak tirinya hanya beberapa langkah darinya dengan pisau pemotong daging, tidak sabar untuk menamatkan hayatnya. Dan itu membuatkan Joe lega. Dia tahu perkelahian besar akan berlaku sekiranya manusia yang terbaring di atas sofa itu sedar akan apa yang Joe sedang ingin cuba lakukan.
“Tidur. Heh, kau nak tidur?” Joe sedikit tersenyum.
Sini, aku bagi kau tidur terus.
Pisau ditangan digenggam kemas, perlahan-lahan tangannya diangkat tinggi. Ayah tirinya masih lena, dan itu sudah cukup bagus.
Leher.
Keputusan dibuat. Itu segmen yang cuba Joe sasarkan. Puas juga kalau dapat lihat si tua buncit yang buat hidupnya kucar-kacir menderita sebelum dijemput ajal, fikirnya. Ketika ini pelbagai jenis perasaan bermain dibenaknya, tidak terkecuali perasaan takut.
First-time killer, biasalah.
“Satu. Dua. Tig–”
“Sial! Apa–” ayah tirinya tiba-tiba terjaga.
Clap!
Satu tepukan terdengar.
Masa terhenti.
Keadaan rumah yang sugul menjadi semakin kelam. Seolah ada satu aura gelap yang menyelubungi mereka berdua. Matanya turut menangkap kabus yang entah dari mana mula memenuhi ruang di mana dua beranak itu berada. Dan ayah tirinya seolah beku dengan kedudukan tangan masih sedang cuba menghalang dari pisau itu singgah di anggota badannya.
“Ahem.”
“What the hell?” Joe menggumam dan terus berpaling ke belakang, arah punca suara perempuan itu datang.
“Ah, what do we have here? A son who wanna kill his own dad?” Perempuan itu memulakan bicara.
“S.. siapa kau?!” tengking Joe, menghalakan pisau yang dipegang ke arah perempuan tadi.
                Perempuan yang memakai gaun merah dengan bahagian paha yang dibiar terdedah hanya tersenyum melihat reaksi Joe. Dia mengangkat tangan kirinya dan memetik jari satu kali.
“Sini pisau tu,” tangannya mengusap lembut tangan Joe, mengambil pisau yang dipegang. Joe tidak melawan – atau lebih tepat, dia tidak mampu melawan – kerana keadaannya kini sama dengan ayah tirinya.
Snap!
Joe kembali sedar. Pisau yang dipegangnya sudah pun bertukar tangan.
“What... H.. how?!”
“Shh, you don’t have to be so loud, Johari. Niat saya cuma ingin bantu awak. I took this murderous instrument from you, just to stop you from doing something you will soon regret. Come on, he is your father.” Balasnya.
Joe beralih pandangan ke arah ayah tirinya; masih pegun dengan posisi yang sama sebelum dia mendengar satu tepukan tadi. Dia juga perasan kipas yang bilahnya ligat mengejar sesama sendiri tadi turut terhenti dari rotasi.
“First of all, my name is Johar. Second, he’s not my father, he’s a fucking devil. And third, siapa kau?” soal Joe, kali ini nadanya lebih tenang.
“Ouch. It’s quite offensive you know?”
“Which part?”
“Hehe. Well since you ask, my name is Lilith. And I’m a devil.”
Joe mengambil masa senggang beberapa saat sebelum kembali bersuara, “You’re a what?”
“Duh. Didn’t you hear me the first time? I’m a devil. But you can call me Lil, sounds more casual right?”
“A devil?” Joe mengambil nafas  panjang, “Okay, aku dah gila ke ni? Am I seeing things?”
“It’s real, Joe.”

Bola - Ariff Adly

5:02 PM Posted by Unknown No comments
            
Tidurku sedikit terganggu dek suara bising dari koridor luar rumah. 
Siapalah bangang sangat main bola malam-malam buta macam ini. Hampir 10 minit aku cuba untuk lelap semula. Cubaan gagal. Bunyi lantunan bola betul-betul pada dinding rumah aku semakin kuat. Eh anjing sungguh.
“Oi dik main bola esok pagilah setan!”
Senyap.
Bagus. Mujur paham bahasa. Aku cuba untuk lelap semula. Hampir saja aku lena, bunyi lantunan bola kembali terdengar. Kali ini lebih kuat.
Krangg!
Ah, ini yang aku menyirap ni. Bola yang berguling di atas lantai bilik aku sauk dan terus menolaknya masuk ke bawah katil.
“Weh engko ni tak paham bahasa ke setan?! Mak bapak kau tak marah ke bising-bising time macam ni ah?” aku menengking sambil berjalan menuju ke arah tingkap. Setiap langkah aku atur berhati-hati, takut-takut terpijak serpihan kaca.
Kelihatan dari jauh seorang budak lelaki berkemeja sedang membelakangkan aku dengan kepalanya ditunduk ke bawah.
“Pergi balik rumah, mintak mak kau bayar duit tingkap ni dulu baru aku bagi balik bola kau, paham?” Dia tidak menjawab.
Ah pergi mampus. Aku kembali berbaring di atas katil. Beberapa saat kemudian, dinding rumah aku diketuk – perlahan, namun berterusan.
“Bang, oh bang…”
“Kau nak apa?” balasku, masih bengang.
“Bang…”
“Eh kau ni pekak ke setan?” aku bangkit dari katil menuju ke arah tingkap, “Aku tanya kau nak–” aku kehilangan kata apabila di hadapan tingkap aku berdiri budak lelaki tadi… tanpa kepala.
Darah dari lehernya masih lagi mengalir mengotorkan kolar baju. Aku dapat rasa jantung aku sedang mengepam darah ke seluruh badan dengan laju.
Aku menelan liur apabila badan tanpa kepala di hadapan aku ini mengangkat kedua tangannya – seolah sedang meminta sesuatu. Kemudian telingaku menangkap bunyi sesuatu sedang berguling, datangnya dari bawah katil.
Aku menoleh perlahan. Kepala itu terbalik kedudukannya, dan ia sedang tersenyum.
“Maaf, saya nak ambil kepala saya je bang.”


CertotFixi (PENTAS) - Ariff Adly

4:20 PM Posted by Unknown , , No comments

Jam loceng berdering tanda masuknya hari baru.
Celik.
Aku menggosok mata beberapa kali selepas menggeliat. Perlahan-lahan aku melangkah turun dari katil, berdiri di hadapan cermin. Tanganku mencapai satu topeng muka yang warna asalnya putih kini kotor dengan bermacam warna, penuh calar. Ada juga bahagian yang sudah retak.
Topeng itu aku sarung, dan melihat semula refleksiku melalui cermin.
Kosong.
**
Keluar dari rumah, aku lihat ramai manusia berkumpul – juga bertopeng seperti aku – di hadapan sebuah pentas. Papan tanda di atasnya tertulis: “DUNIA”.
Di atas pentas berdiri  lima orang – juga bertopeng.
Empat daripada mereka hampir sama keadaan topengnya; kotor, dan penuh calar. Seorang daripada mereka hanya anak muda; usianya dalam 15 atau 16 tahun aku anggarkan. Topengnya masih bersih.Manusia-manusia di bawah melemparkan batu, lumpur, selipar. Ada juga yang gila melayangkan pisau dan parang.
“Whoaaaa!!”
Satu sorakan panjang terdengar. Ada juga yang bertepuk tangan, teruja apabila sebilah pisau tertancap menembusi topeng salah seorang di atas pentas. Aku tidak terkecuali. Mereka di atas pentas hanya statik. Tertunduk, tidak melawan.
Ah, satu sudah rebah. Empat lagi.
**
Selesai hari ini.
Aku kembali ke rumah. Topeng muka aku tanggal, dan terus rebah di atas katil.
**
Jam loceng berdering tanda masuknya hari baru.
Celik.

CertotFixi (LARI) - Ariff Adly

4:19 PM Posted by Unknown , , No comments


“Jadi sekarang saya nak awak semua tulis 3 fakta yang awak tahu tentang berlari. Awak boleh tulis apa-apa saja asalkan ia berkait dengan lari. Contohnya, ‘Berlari mampu meningkatkan tahap keyakinan diri’. Ha itu dah satu, awak kena cari point lain.” Kata Cikgu Zaidi.
“Em mana kitorang nak tau cikgu, kitorang bukan atlet.”
 “Tak apa, awak tulis je apa yang ada dalam kepala awak tentang berlari. Kata kunci dia, ‘fakta’ dan ‘lari’. Jadi, be creative.” Ujarnya lagi.
Setelah beberapa ketika dahi Amir berkerut, pensel yang dipegang sejak tadi mula ligat menari di atas kertas.
“Siap!” kata Amir, sedikit teruja.
“Bagus! Tolong bacakan satu-persatu.” arah Cikgu Zaidi.

1.      Sugus jika dieja dari kanan ke kiri masih lagi Sugus.
2.      Selimut Tetangga bukan bemaksud selimut kepunyaan jiran.
3.      Buku Fixi bukan syarikat penerbitan buku puisi.

“Amir! Apa yang awak buat ni? Awak tak faham tajuk ke?”
“Betul la tu, cikgu kata keyword dia ‘fakta’ dengan ‘lari’. Lepas tu cikgu suruh be creative. Pasal lari jugalah tu.”
“Celah mananya pasal lari? Cuba awak explain sikit?”
“Lari tajuk.”
“Dajei.”
Lantas Cikgu Zaidi menterbalikkan meja dan melangkah keluar dari kelas.