Tuesday, June 2, 2015

Mimpi - Muhaimin

6:48 AM Posted by Peachy XX No comments
Aku berjalan dan terus berjalan umpama orang hilang arah. Jujur, tika ini aku benar-benar sesat. Mataku melilau mencari signboard ataupun orang awam yang berkemungkinan ada di kawasan sekitar. Puas jugalah aku mencari macam orang gila tapi tiada satu pun signboard mahupun orang awam yang aku temui. Kosong.
Aku mengeluh panjang. Aku tidak cukup familiar dengan kawasan ini sebab hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki ke tempat ini. Tapi mana semua orang? Aku jadi hairan, dari tadi aku tak jumpa seorang pun manusia selain diri aku sendiri. Bangunan dan rumah-rumah di kawasan ini semua kosong. Tidak berpenghuni.
Tapi kenapa aku ada dekat sini? Aku tiada jawapan untuk itu, maaf.
Langit mula gelap menandakan siang akan diusir pergi tak lama lagi. Dan bila gelap, aku akan bertambah sesat dalam kepekatan malam. Lampu-lampu jalan tidak menunjukkan tanda untuk menyala. Sah, aku akan kegelapan dekat sini!
Tap. Tap.
Bahu aku ditepuk dua kali oleh seseorang. Syukur, masih ada orang lain selain aku di sini. Aku toleh ke belakang dan aku lihat seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang memandangku. Aku tersenyum. Namun dia tidak membalas senyumanku. Sombong!
Perlahan-lahan, dia mendekati aku. Wajahnya yang tidak mempamerkan sebarang reaksi menyebabkan aku berasa teramat takut. Adakah dia pembunuh bersiri dan aku adalah mangsanya?
Gulp. Aku telan air liur.
Dia mula tersenyum sinis. Manik-manik peluh dingin mula timbul di dahi. Aku takut!
Tiba-tiba, kaki aku bagaikan ditarik dengan begitu kuat dan aku terjaga dari tidur. Aku mengeluh dan bersyukur dalam masa yang sama. Namun, tak lama selepas itu, aku kembali menyumpah seranah.
“Shit, ini bukan bilik aku,” kataku dalam nada yang cemas.
Aku memandang sekeliling. Sah, aku tak berada di bilik tidurku. Tiada poster artis-artis kesayangan aku di dinding. Tiada rak buku yang menempatkan buku-buku kegemaranku. Shit, God must playing around with me right now!
Krekkkkkk.
Pintu bilik dikuak dan lelaki psiko yang baru aku jumpa dalam mimpi tadi berdiri di ambang pintu sambil menguntum senyuman yang penuh makna.
Gulp. Aku telan air liur lagi.
Lelaki itu mula mendekati aku yang masih di atas katil. Dan kali ini dia memengang pisau pemotong daging di tangannya.
Dia tersenyum simpul.
“Selamat datang ke neraka, sayang,” katanya sebelum bilah pisau itu melekat di pahaku.