Saturday, June 27, 2015

Bukan Macam Kau - Muhaimin

7:56 AM Posted by Peachy XX No comments
Mana Adam ni? Lambatnya,” Taufik mengeluh panjang.
Badannya disandarkan pada dinding bangunan usang tak berpenghuni. Matanya masih tak berhenti-henti melilau, mencari kelibat Adam. Jam tangannya dikerling – 3.07 petang.
Dia lupa ke?
Dia tak nak jumpa aku dah ke?
Atau… dia sesat?
Taufik cepat-cepat memadam segala persoalan yang muncul secara tiba-tiba dalam otaknya. Sial Adam, cepat sikit boleh tak?
Wajahnya ditundukkan ke bawah dan kakinya menguis-nguis pasir-pasir halus yang berselerakan di atas lantai. Jujur, dia sudah mula jemu menunggu. Mulutnya mula dibasahi dengan kata-kata cacian dan makian terhadap Adam.
Dia sudah mahu give up. Menunggu bukanlah sesuatu yang digemarinya. Bahkan tiada siapa yang menyukai perkara tersebut. Menunggu adalah benda yang paling bodoh untuk manusia.
“Lama tunggu?” Soal Adam dengan wajah yang tak bersalah.
Taufik angkat muka dan memandang wajah Adam. Dia tersenyum dan menampakkan riak wajah yang teruja umpama kanak-kanak yang baru saja dihadiahkan gula-gula ataupun ais krim. Bezanya, Taufik tidak dihadiahkan dengan gula-gula mahupun ais krim. Kata maaf pun belum terucap dari Adam.
“Boleh tahan jugak lah. Kau merangkak ke datang sini?”
“Haha. Sorry lah. Aku kena denda dengan cikgu tadi, sebab tu aku datang lambat,” Adam tersengih menampakkan giginya.
“K.”
“L.”
Segera Taufik menghadiahkan muka-tanpa-perasaan kepada Adam yang masih lagi tersengih-sengih sendirian.
“K-k. Sorry.”
“Hmm.”
Senyap. Tiada lagi kata-kata yang dilontarkan dari mereka berdua. Perbualan umpama sudah mati. Dan mungkin mereka juga turut ‘mati’ bersama-sama perbualan tadi.
“Hmm, kau nak cakap apa sebenarnya? Macam penting je sampai nak kena cakap face to face bagai,” kata Adam yang semacam muak dengan Taufik.
“Aku nak buat pengakuan.”
“Pengakuan apa? Pengakuan yang aku ni lebih handsome dan lebih bergaya dari kau, macam tu?”
“Tak lawak, ok. Aku serius ni.”
“Aku pun serius apa. Haha.”
“K.”
“Dah cepatlah cakap. Ishh kau ni macam perempuan tengah period tahu tak, moody semacam je,”
“Okayyy, sebenarnya aku gay,” kata Taufik, jujur.
 “Aku tahu.”
“Dan aku suka kau,” sambung Taufik.
“Aku pun tahu pasal tu. Aku tahu semuanya.”
“Tapi macam mana?” Soal Taufik dengan nada yang terkejut.
“Come on lah, aku kenal kau dah lama kot. Seharusnya aku tahu kau jenis yang macam mana, bukan?”
“Sorry.”
Adam tersenyum. Mukanya didekatkan ke arah Taufik. Perlahan-lahan bibirnya menyentuh bibir Taufik.
Chakkk. Chakkk. Chakkk.
Darah mula membuak-buak keluar dari kesan tikaman. Adam tersenyum, begitu juga Taufik. Pisau yang tertusuk pada perut Taufik segera ditanggalkan dan tubuh Taufik yang sudah lemah itu dibiarkan tumbang.
Chakkk. Chakkk. Chakkk.
Tikaman demi tikaman dihadiahkan buat Taufik. Darah tak berhenti-henti mengalir dari kesan tikaman tersebut. Adam tersengih dan akhirnya dia ketawa umpama orang gila.
“Bodoh, aku bukan homoseksual macam kau lah,” Adam meludah muka Taufik yang sudah tak bernyawa.
Moga kau jumpa orang macam kau dekat sana.