Isnin.
Kalau dikira sudah lebih tiga kali aku terserempak dengan dia di Gerai Pak
Mail. Orang cakap, itu mungkin satu petanda yang baik - jodoh. Dan, ya aku pun
mengharapkan benda yang sama.
Aku
tersenyum melihat tiap perilakunya. Cara dia membaca surat khabar, cara dia
makan, cara dia minum – ahh, aku suka semua cara dan perilaku dia. Aku ingin
menjadi surat khabar yang dibacanya, makanan yang dimakannya, minuman yang
diminumnya dan segala-galanya.
Aku
terus-terusan memandang dia sehingga aku rasa aku kenyang tanpa makan apa-apa.
Aku mahu dia. Jujur, aku cuma mahu dia. Tuhan, tunaikanlah permintaan aku yang
satu ini.
Lantas,
dengan berbekalkan gelora di jiwa, aku menghampiri meja makannya. Satu per satu
langkah aku atur bagaikan seorang model di pentas peragaan walaupun pakaian aku
hanyalah biasa-biasa sahaja. Ah, lantaklah yang penting confident je. Kau
mampu?
“Hai,
seorang je?” sapaku sambil tersenyum dan menampakkan semua gigiku, macam iklan
Colgate.
“Err,
hai. A’ah, seorang je. Kenapa?” Dia memandang aku.
Ah,
wajahnya. Ah, pandangan matanya. Ah, aku sudah gila.
“Takde
apa. I selalu nampak you dekat sini tapi you selalu sorang-sorang. So –“
“Kalau
dah selalu nampak I dekat sini sorang-sorang kenapa tanya lagi?”
Eh,
marah pulak dia ni? Eeee… geram pulak nak gigit. Sabar. Sabar. Sabar.
“Hmm,
takde lah mana tahu yang hari ni you datang berteman kan?”
Dia
mengelengkan kepala tanda menidakkan soalan aku. Nice!
“So,
boleh I duduk dekat sini?” soalku sambil mengenyit mata.
“Banyak
lagi tempat kosong tapi kalau you nak duduk dekat sini, apa I boleh buat?”
Aww,
dia tersenyum. Sah, mesti dia dah tangkap cintan dengan aku. Aku menari-nari di
dalam hari.
“Ok,
thanks.” Dan aku pun melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan
dengannya.
“Nama?”
“Maya.
You?”
“Hazim,”
jawabnya selamba tanpa memandang aku. Ah, malu lettew.
“Tak
makan?”
“Tak,
I tengok you makan pun dah kenyang,” Aku tersenyum simpul.
“Oh,
ok.”
Aku
memerhatikan setiap perilakunya. Ah, bila duduk berdepan ni, rasanya, macam
dunia ni adalah syurga. Oh, ya bila bercakap tentang syurga mestilah aku
seorang bidadari yang mendampingi pemuda kacak sepertinya. Yes, itu impian aku.
Mohon jangan jealous!
Aku akan pastikan, satu
hari nanti dia akan menjadi milik aku seorang sahaja. Aku nekad!
*****
Isnin.
Ya, hari ini, hari Isnin. And guess what, hari ni dah genap 2 bulan tempoh
perkenalan aku dengan Hazim – jejaka idaman aku yang selalu aku stalk dekat kedai
makan tepi jalan dulu.
“Maya,
you tak nak order apa-apa ke?” tanya Hazim.
Aku
menggeleng, “Tak, I tak lapar.” Aku tenung mata coklat tuanya. Ah, gelora di
jiwa semakin menjadi-jadi. Aku dah tak boleh tahan.
Hazim
mengangguk-angguk. Dia bangun dan berlalu ke bahagian makanan untuk mengambil
makanan. Aku masih di tempat tadi dan dari situ aku hanya memerhatinya walaupun
apa yang aku dapat lihat cumalah bahagian belakangnya. Ah, hensem jugak kalau
tengok dari belakang pun. Aummm.
Tak
berapa lama lepas tu, dia kembali dengan membawa sebungkus nasi lemak dan
segelas teh ‘o’ panas. Aku hanya duduk diam dan memerhati. Hazim mula makan
nasi lemak yang diambilnya. Aku telan air liur. Tapi bukan sebab aku lapar tapi
sebab tengok dia yang semacam menikmati nasi lemak tu. Cara dia buka mulut,
tutup mulut dan kunyah nasi lemak tu betul-betul menggoda aku. Aku terus memerhati,
tak nak melepaskan peluang walaupun sesaat.
“Kenapa
you pandang I macam tu?” soalnya dengan muka yang sedikit hairan.
“Takde
pape. I just suka tengok cara you makan,” jelasku.
“Ohh,”
dia sambung menikmati juadahnya.
“You,
hari ni dah genap 2 bulan kita kenal. So, I nak tahu apa pendapat you tentang
I?” soalku.
Dia
kelihatan terkejut bila aku ajukan soalan seperti itu. Tapi nasib baik dia tak
tersedak dan mati sebab terkejut. Kalau tak, jadi jandalah aku walaupun tak
berkahwin lagi. Eee, cabul betul mulut.
“Pendapat?”
“Yup.”
Hazim
kelihatan agak risau. Ah, sudah kenapa pulak? Jangan cakap dia dah ada orang
lain. Ishh, aku cuba padam kemungkinan yang berlegar dalam otak aku dan berdoa dalam
hati agar dia masih solo. Ya, masih solo seperti aku.
“I
rasa perwatakan you menarik bagi seorang perempuan. I suka cara you, err
semualah,” jelasnya sambil sekali sekala kepalanya digaru-garu.
“Ohhhh…,”
Aku tertunduk, rasa semacam mahu menangis dan gembira pada waktu yang sama.
“Tapi…”
Hazim merenung mata aku.
Dub
dab dub dab dub dab. Jantungku seakan mahu meletup menantikan apa yang bakal
diluahkan oleh Hazim.
“Tapi
apa?” Aku renung balik matanya, lama.
“Tapi
I tak minat perempuan. Sorry,” katanya.
“Huh?”
“I
tak suka perempuan. I’m not straight, I’m gay,” jelasnya. Wajahnya merah padam.
Splashhhhh.
Air
teh ‘o’ yang berada dalam gelas itu, aku simbah ke arahnya. Hati aku
meluap-luap - marah. Orang di sekeliling mula menghadiahkan pandangan pelik. Aku dah tak peduli pasal semua tu. Dan dengan egonya aku terus melangkah pergi
meninggalkan lelaki itu sendirian. Sesungguhnya, aku dah bazirkan masa selama 2
bulan untuk lelaki yang tak ada perasaan pada aku – perempuan.
“Jodoh
apanya, bodoh?” Aku menjerit. Marah pada orang dulu-dulu yang cakap kononnya
kalau terjumpa orang yang sama lebih dari 3 kali adalah jodoh. Bodoh!