Wednesday, May 13, 2015

Jodoh Bodoh - Muhaimin

9:34 PM Posted by Peachy XX No comments

Isnin. Kalau dikira sudah lebih tiga kali aku terserempak dengan dia di Gerai Pak Mail. Orang cakap, itu mungkin satu petanda yang baik - jodoh. Dan, ya aku pun mengharapkan benda yang sama.
Aku tersenyum melihat tiap perilakunya. Cara dia membaca surat khabar, cara dia makan, cara dia minum – ahh, aku suka semua cara dan perilaku dia. Aku ingin menjadi surat khabar yang dibacanya, makanan yang dimakannya, minuman yang diminumnya dan segala-galanya.
Aku terus-terusan memandang dia sehingga aku rasa aku kenyang tanpa makan apa-apa. Aku mahu dia. Jujur, aku cuma mahu dia. Tuhan, tunaikanlah permintaan aku yang satu ini.
Lantas, dengan berbekalkan gelora di jiwa, aku menghampiri meja makannya. Satu per satu langkah aku atur bagaikan seorang model di pentas peragaan walaupun pakaian aku hanyalah biasa-biasa sahaja. Ah, lantaklah yang penting confident je. Kau mampu?
“Hai, seorang je?” sapaku sambil tersenyum dan menampakkan semua gigiku, macam iklan Colgate.
“Err, hai. A’ah, seorang je. Kenapa?” Dia memandang aku.
Ah, wajahnya. Ah, pandangan matanya. Ah, aku sudah gila.
“Takde apa. I selalu nampak you dekat sini tapi you selalu sorang-sorang. So –“
“Kalau dah selalu nampak I dekat sini sorang-sorang kenapa tanya lagi?”
Eh, marah pulak dia ni? Eeee… geram pulak nak gigit. Sabar. Sabar. Sabar.
“Hmm, takde lah mana tahu yang hari ni you datang berteman kan?”
Dia mengelengkan kepala tanda menidakkan soalan aku. Nice!
“So, boleh I duduk dekat sini?” soalku sambil mengenyit mata.
“Banyak lagi tempat kosong tapi kalau you nak duduk dekat sini, apa I boleh buat?”
Aww, dia tersenyum. Sah, mesti dia dah tangkap cintan dengan aku. Aku menari-nari di dalam hari.
“Ok, thanks.” Dan aku pun melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengannya.
“Nama?”
“Maya. You?”
“Hazim,” jawabnya selamba tanpa memandang aku. Ah, malu lettew.
“Tak makan?”
“Tak, I tengok you makan pun dah kenyang,” Aku tersenyum simpul.
“Oh, ok.”
Aku memerhatikan setiap perilakunya. Ah, bila duduk berdepan ni, rasanya, macam dunia ni adalah syurga. Oh, ya bila bercakap tentang syurga mestilah aku seorang bidadari yang mendampingi pemuda kacak sepertinya. Yes, itu impian aku. Mohon jangan jealous!
Aku akan pastikan, satu hari nanti dia akan menjadi milik aku seorang sahaja. Aku nekad!

*****

Isnin. Ya, hari ini, hari Isnin. And guess what, hari ni dah genap 2 bulan tempoh perkenalan aku dengan Hazim – jejaka idaman aku yang selalu aku stalk dekat kedai makan tepi jalan dulu.
“Maya, you tak nak order apa-apa ke?” tanya Hazim.
Aku menggeleng, “Tak, I tak lapar.” Aku tenung mata coklat tuanya. Ah, gelora di jiwa semakin menjadi-jadi. Aku dah tak boleh tahan.
Hazim mengangguk-angguk. Dia bangun dan berlalu ke bahagian makanan untuk mengambil makanan. Aku masih di tempat tadi dan dari situ aku hanya memerhatinya walaupun apa yang aku dapat lihat cumalah bahagian belakangnya. Ah, hensem jugak kalau tengok dari belakang pun. Aummm.
Tak berapa lama lepas tu, dia kembali dengan membawa sebungkus nasi lemak dan segelas teh ‘o’ panas. Aku hanya duduk diam dan memerhati. Hazim mula makan nasi lemak yang diambilnya. Aku telan air liur. Tapi bukan sebab aku lapar tapi sebab tengok dia yang semacam menikmati nasi lemak tu. Cara dia buka mulut, tutup mulut dan kunyah nasi lemak tu betul-betul menggoda aku. Aku terus memerhati, tak nak melepaskan peluang walaupun sesaat.
“Kenapa you pandang I macam tu?” soalnya dengan muka yang sedikit hairan.
“Takde pape. I just suka tengok cara you makan,” jelasku.
“Ohh,” dia sambung menikmati juadahnya.
“You, hari ni dah genap 2 bulan kita kenal. So, I nak tahu apa pendapat you tentang I?” soalku.
Dia kelihatan terkejut bila aku ajukan soalan seperti itu. Tapi nasib baik dia tak tersedak dan mati sebab terkejut. Kalau tak, jadi jandalah aku walaupun tak berkahwin lagi. Eee, cabul betul mulut.
“Pendapat?”
“Yup.”
Hazim kelihatan agak risau. Ah, sudah kenapa pulak? Jangan cakap dia dah ada orang lain. Ishh, aku cuba padam kemungkinan yang berlegar dalam otak aku dan berdoa dalam hati agar dia masih solo. Ya, masih solo seperti aku.
“I rasa perwatakan you menarik bagi seorang perempuan. I suka cara you, err semualah,” jelasnya sambil sekali sekala kepalanya digaru-garu.
“Ohhhh…,” Aku tertunduk, rasa semacam mahu menangis dan gembira pada waktu yang sama.
“Tapi…” Hazim merenung mata aku.
Dub dab dub dab dub dab. Jantungku seakan mahu meletup menantikan apa yang bakal diluahkan oleh Hazim.
“Tapi apa?” Aku renung balik matanya, lama.
“Tapi I tak minat perempuan. Sorry,” katanya.
“Huh?”
“I tak suka perempuan. I’m not straight, I’m gay,” jelasnya. Wajahnya merah padam.
Splashhhhh.
Air teh ‘o’ yang berada dalam gelas itu, aku simbah ke arahnya. Hati aku meluap-luap - marah. Orang di sekeliling mula menghadiahkan pandangan pelik. Aku dah tak peduli pasal semua tu. Dan dengan egonya aku terus melangkah pergi meninggalkan lelaki itu sendirian. Sesungguhnya, aku dah bazirkan masa selama 2 bulan untuk lelaki yang tak ada perasaan pada aku – perempuan.


“Jodoh apanya, bodoh?” Aku menjerit. Marah pada orang dulu-dulu yang cakap kononnya kalau terjumpa orang yang sama lebih dari 3 kali adalah jodoh. Bodoh! 

0 maklumbalas:

Post a Comment