Perihal101

Fiksyen101 sekadar blog mengisi masa lapang untuk menulis cerita fiksyen (baca: cerita tipu). Kami cuba untuk menyajikan para pembaca dengan cerita berbagai genre, namun begitu jika anda inginkan sesuatu yang berunsur Suamiku-Isteriku-Ini-Dan-Itu di sini bukanlah tempatnya. Fiksyen101 juga tidak menyajikan cerpen ala-ala Cikgu Suraya, jadi jika anda singgah di sini dengan harapan dapat memuaskan nafsu senggama, kami minta maaf kerana membuat anda hampa.

Kami akan cuba untuk kemaskini blog sekurang-kurangnya sekali satu bulan. Blog ini adalah ruangan yang dikongsi oleh beberapa orang yang suka menulis (baca: menipu), dengan harapan para pembaca terhibur. Jika ada sebarang cerpen yang membuat anda tidak berpuas hati, sila simpan dalam hati sendiri kerana ini blog percuma (baca: anda tidak perlu bayar dan kami tidak dibayar), jadi jangan komplen.

Dan jika ada yang berkongsi minat menulis (baca: menipu) cerpen dan ingin sertai Team101, boleh emelkan sekurang-kurangnya 2 cerpen anda di alamat: fiksyen101@gmail.com. Kami akan hubungi anda jika kami rasa anda pawer!

Akhir sekali, ha sekali je bukan dua kali. #CubaanBerjenaka

0 maklumbalas:

Post a Comment