“Lia, stok kita dah nak habis ni. Bila nak topup?”
soal mama.
Dia berdiri di muka pintu dengan tangan yang masih memegang pakaian
yang baru selesai dilipat.
“Lah? Bulan ni bukan turn Afiq ke topup?” balas
aku.
“Memanglah, tapi abang kau tu sibuk sikit bulan ni,
dia switch dengan kau bulan depan.”
“Hm yelah nanti Lia cari jalan eh. Cakap kat abang
nanti dia kena belanja Secret Recipe.” Kata aku sedikit berjenaka. Mama hanya
ketawa kecil dan berlalu pergi.
Aih, satu kerja pula aku harus cari stok baru.
Minggu depan ada test Finance pula. Tanganku mencapai henfon yang terletak di
sisi katil, jariku ligat menyapu ke atas dan ke bawah; sedang mencari-cari nama
mereka yang sesuai di dalam senarai Contact. Hampa. Mungkin sebab aku jenis
berkawan dengan orang baik-baik kot.
Ah, wait!
You:
Ika, tolong aku sat.
IkaRaziff:
Yo!
Pe dia?
You:
Aku kena cari stoklah
plak. Abg aku busy bulan ni.
IkaRaziff:
LOL.
Belanja makan ok? Kekeke
You:
Hahahaha. Resipi
turun temurun family aku nak?
IkaRaziff:
Hotak kau!
You:
Kahkahkah. Yelah2
kang aku belanjalah setan!
Tolong eh? Dalam
minggu ni kalau boleh.
IkaRaziff:
Yey maceh! Muah ciked :*
Ha yelah yelah.
|
Syukur!
Nasib baiklah aku ada partner-in-crime macam Ika;
seorang kawan yang sudah lama bersama dengan aku. Sejak semester 1 lagi kot.
Hanya dia seorang saja yang aku percaya hingga ke tahap aku berkongsi segalanya;
dalam konteks literal, kau faham?
**
“Oi Lia, pi memana jom!” ajak Ika setelah dua-tiga
langkah kami keluar dari dewan.
“Nak gi mana?”
“Mana-manalah. Aku stress dengan Finance tadi. Nak
jimba, jimbaaa!” jawabnya sambil menjulang tinggi sebelah tangannya yang
menggenggam kalkulator.
Ika memang begini. Selalu buat aku terhibur.
Perwatakannya yang ceria dan selalu carefree membuat
aku tenang. Agak berbeza dengan aku yang tidak suka menunjukkan emosi sebenar.
Aku lebih gemar menyembunyikan perasaan dan fikiran aku. Aku perlukan itu. Aku
tidak suka menjadi seorang yang predictable. Mungkin kerana aku terlalu
berhati-hati.
“Bowling? Ke movie?” soal aku.
“Why not both? Tehee.” Balas Ika tersengih lebar.
“Amboi, banyak duit?”
“Hek eleh berkire pulak. Selama ni elok je.”
“Hehe.”
Pintu kereta dibuka. Aku menghidupkan enjin dan
penghawa dingin. Radio yang sudah sedia tercucuk dengan pendrive mula memainkan
lagu yang terkandung folder.
'Cause
we are all a bunch of animals
That
never paid attention in school.
So
tell me all about your problems;
I
was killing before killing was cool.
You're
so cool, You're so cool, So cool!
#Np
Kill All Your Friends; My Chemical Romance
“Nak pergi mana dulu ni?” soal aku sambil memulas
stereng kereta dan menekan minyak untuk undur.
“Macam haus. Minum dulu nak?”
“Katner?” soal aku.
“Mana-mana jelah.”
“Cool Blog Jusco tu nak?”
“Taknak ah, malas ler beratur time-time gini.
Lagipun takde tempat duduk.” Balas Ika.
“Dah tu?”
“Mana-manalah.”
“Eh kau ni aku hempuk dengan steering lock ni karang.”
Kataku, separa bergurau. Separa lagi memang terasa hendak menghempuk.
“Haha eleh emonya, period kettew?”
“Minum kopi Yahudi jelah.”
“Boleh gak. Kau belanja, yey!” balas Ika.
“Ceit,” aku tersengih sambil menjeling sebentar ke
arahnya yang masih lagi teruja mengharap dibelanja. Hek eleh betul.
Pemanduan diteruskan.
**
Sambil menghirup Caramel Macchiato, aku
membelek-belek skrin henfon. Aplikasi Twitter aku buka; skrol sekejap timeline
mencari hiburan; tutup semula. Instagram; skrol sekejap; double-tap mana yang
berkenan; tutup semula.
Ika juga aku lihat sedang sibuk mentelaah henfon.
Air yang terhidang di atas meja belum lagi disentuh sedari tadi.
“Amboi khusyuknya kak.” Tegur aku.
“Tengah cari movie ler. Japgi jela book, internet
siputlah pulak.”
“Tak topup data ke?”
“Nantilah esok lusa kalau rajin. Hehe.” Balas Ika,
sambil menghirup air kopi Yahudi dengan penuh nikmat. “Anyway, pasal stok kau
tu aku dah jumpa orang yang boleh tolong kau kot.” Kata Ika.
Ah, great. It’s
about time.
“Siapa?”
“Daus.”
“Daus who?”
“Daus budak meka – mekanikal – sem 4, stay Shah
Alam. Good looking jugaklah orangnya.”
“Alright, fill me in.” soal aku, sedikit teruja.
“Amboi kemain. Gini cerita dia–”
**
“So, amacam? Okay?” soal Ika.
“Nice. Macam biasalah, kau set tempat set masa.”
“Okay cun!” balas Ika sambil mengenyit mata.
**
Aku dan Daus duduk berhadapan, manakala Ika dan ‘teman
lelaki angkatnya’ di meja sebelah. Mahu beri privasi buat aku dan Daus
kononnya.
“You tau tak, I segan sebenarnya ni.” kata Daus.
“Hehe ingat you sorang ke segan?” balas aku, konon
malu.
Oh ya, ini memang salah satu bakat aku; berlakon.
Iyalah, aku lihat dunia ini seakan pentas. Dan kita;
manusia; hanya memakai topeng yang memegang satu watak pada satu masa. Semalam
aku orang lain, hari ini orang lain, dan jika aku masih ada esok mungkin esok
juga aku orang lain.
Dan hari ini aku mengambil watak wanita pemalu, dan
flirty.
Nasib baiklah Daus ini seorang yang good-looking. Tidak
terlalu kurus, tidak juga kembang. Sedang-sedang saja bak kata Iwan dangdut. Rambut
pendek di bahagian tepi dan sedikit panjang di atas. Ikutkan hati hendak saja
aku bawa dia ke rumah sekarang.
“I never thought this blind date gonna be this
well. Kalau I tahu macam ni dah lama dah I ikut cakap kawan I, hehe.” kata
Daus, tersipu malu.
Aku hanya menunduk, dan menyelitkan rambut di
bahagian tepi telinga.
“Lepas ni nak kemana?” soalnya lagi.
“Tak tahulah. Macam nak balik terus.” Balas aku.
“Aik, awal lagi kot. Taknak jalan-jalan KL dulu? Have
fun la sikit malam minggu.”
“Kena jalan-jalan baru boleh have fun ke?”
Dahi Daus sedikit berkerut.
Dari bawah meja kakiku menggesel kakinya, “Kat
rumah pun boleh have fun apa…” kataku diiringi dengan satu jelingan penuh
maksud. Sedikit demi sedikit bibirku mengukir senyum.
“Are you… saying what I’m thinking you're saying?” soal Daus.
“Depends on what you were thinking.” balas aku, mengenyit mata.
Daus tersenyum.
Ah, ikan dah makan umpan.
**
“Gelapnya rumah you, memang tak ada orang eh?” soal
Daus, masih teragak-agak untuk masuk. Aku berpaling dan berdiri benar-benar di
hadapan Daus. Tanganku memegang lembut lehernya, menarik dia masuk
perlahan-lahan. Daus hanya menurut.
“Masuk bilik bawah ni.” kata aku sambil membuka
pintu bilik bawah tanah.
“Kenapa kena–”
“Manalah tau kot parents I balik tetibe ke. Diorang
tu kadang kalau ada perubahan flight ke apa bukan nak bagitau dulu.” Balas aku.
“Gelapnya.” Kata Daus sambil menuruni tangga dengan
berhati-hati.
Sampai saja di bawah aku terus menolaknya rapat ke
dinding. Bibir kami bertaut. Aku lihat Daus menutup matanya, begitu asyik bertukar
nafas. Ah, nice.
“Urgh!” Daus berteriak.
Ciuman terhenti, pelukan terlepas. Aku berganjak
beberapa langkah ke belakang. Aku lihat Daus sudah mula hilang imbangannya
untuk berdiri. Dan akhirnya tersembam di atas lantai. Aku mencampakkan alat
penyuntik di hadapan matanya. Dia sempat memberikan aku satu renungan – entah
marah entah keliru – sebelum dia terus lena.
“Tidur dulu ya?” kata aku.
Senyum.
**
“Urghh..”
Kerjaku terhenti seketika tatkala mendengar suara
Daus. Sudah sedar rupanya. Aku merapati tubuh Daus yang terbaring di atas satu
meja panjang. Pakaiannya semua sejak tadi lagi sudah aku dan mama lucutkan. Aku
lihat mata Daus masih lagi cuba menyesuaikan penglihatannya dengan keadaan
cahaya di dalam bilik.
“Hai, dah bangun?” soal aku.
“Apa..” Daus cuba untuk bangkit namun niatnya hanya
tinggal niat apabila dia sedar kaki dan tangannya sudah selamat aku rantai dan
mangga di atas meja. Begitu juga bahagian dadanya.
“Apa kau buat ni?!” teriak Daus.
“Awak rasa?”
“Heh, kau jangan main-main. Lepaskan aku sekarang
Mia!”
“Oh lupa. Nama betul saya Lia,” balasku, menyeka
rambutnya ke atas, “…and sorry, I can’t let you go.”
Tanganku mencapai mesin pencukur rambut.
On.
Bunyi getaran
mesin dan gesekan pisau cukur menemani kami berdua di dalam bilik. Aku
mendekati Daus secara berhati-hati; takut terpijak wayar sebenarnya.
“Apa.. apa kau nak buat?” soal Daus.
Zrrrrrzzz…
“Weh, weh sial! Apa kau buat ni?! Stop!” bentak
Daus.
Bahagian atas rambutnya aku sodok. Beberapa saat
kemudian aku ketawa sendiri. Memang aku suka bermain begini setiap kali tiba
giliran aku bekerja. Kerja seperti ini boleh buat aku stress; dan mungkin juga
gila, jadi aku perlukan hiburan. Tanganku mencapai kamera digital dari poket
depan apron.
On, dan snap!
“Tengok, kelakarkan awak bila botak tengah?” kataku
sambil menunjukkan replay foto yang baru aku tangkap tadi.
“Gila...” kata Daus, menggelengkan kepalanya.
“Kau ni dah gilalah!” teriaknya lagi.
Aku mencebik betul-betul di hadapan mukanya;
sengaja membuat muka comel. Aku tahu itu akan menyakitkan lagi hatinya. Hehe.
“Babi lepaskan akulah! Lepaskan aku sekarang!”
tengking Daus, kali ini dia lebih bertindak kasar. Bilik bawah tanah itu agak
bising dengan bunyi rantai yang berlaga dengan meja besi tempat dia berbaring.
Tanpa menghiraukan apa yang Daus bising-bisingkan
aku terus menyambung kerjaku; mencukur habis rambutnya. Dan pada ketika aku
sibuk entah beberapa kali Daus cuba untuk melawan. Dan beberapa kali juga telingaku
bingit mendengar jeritannya.
Ah, siap!
“Now that’s better.” Kataku.
“SIAL! Perempuan sial! Apa kau dah buat ni hah?!
Celaka!”
“Eh awak ni memang mulut longkang dari kecik eh?”
soal aku.
“Heh, fuck you Mia!”
“Lia lah.” Kata aku sambil berpaling meletakkan
mesin pencukur di atas meja sebelah.
“Ah apa-apalah! Kau tunggulah nasib kau bila aku
lepas nanti!” ugut Daus.
“Hehe.”
“Apa yang kelakar cibai?!” soalnya, masih cuba
melepaskan diri.
“Kelakar bila awak kata ‘bila aku lepas nanti’ tu
tadi. Masalahnya–”, kembali menghadap Daus, “–awak takkan terlepas dah. Dan
bila awak terlepas nanti, awak dah ‘bukan awak’ dah.”
Dahi Daus mula berkerut.
“Awak faham?” soalku.
“Heh, puih!” Daus meludah. “Kau tunggu nasib kau
nanti. Kau tak kenal aku lagi!”
“Awak nak tahu tak, saya dah banyak kali dengar
ayat tu.”
“Pergi mampus! Betina murah!”
Aku terdiam.
Mataku memandang tepat ke arah kepala Daus. Maaf,
bukan kepala Daus sebenarnya, tetapi atas sedikit. Daus yang masih lagi sibuk
memandang aku sambil mengomel entah apa-apa langsung tidak perasan kehadiran
mama dekat dengan dirinya. Kemudian aku bertentang mata dengan Daus.
“Kalau saya jadi awakkan, saya tarik balik apa saya
cakap tadi, lepas tu saya diam.” Kata aku.
“Heh, kau ingat aku peduli? Memang betina macam kau
ni betina murah pun! Entah siapalah mak kau, mesti–”
CHUNKK!
“ARGHHHHHHH!!”
Daus meraung kesakitan apabila tiga batang –
setengah – jarinya terputus dari tangan – dua daripadanya jatuh di atas lantai.
Daus – masih lagi meraung – melihat ke sisinya
dengan pantas. Mama masih lagi tidak berganjak, ditangannya masih memegang
pisau pemotong daging yang digunakan untuk menetak jari Daus tadi. Darah dari
pisau itu meleleh, ada sedikit yang terpancut mengotori pipinya.
“Betina murah?” mama bersuara,
“Kan saya dah cakap, kalau saya jadi awak saya
tarik balik kata-kata tu.”
Daus tidak
membalas. Dia masih lagi menangis. Tangannya masih laju mengalirkan darah dari
bahagian jarinya yang terputus.
Mama mengelap darah yang melekat pada pisau di atas
badan Daus.
Perlahan-lahan dia bawa pisau itu – masih menyentuh
kulit badannya – ke bawah, dan berhenti pada bahagian penis Daus. “Aku mama
Lia, kau nak cakap apa tadi? ‘Mesti’– something, kan?” soal mama lagi.
Daus menggeleng berulang kali.
Mungkin menahan sakit hingga tidak mampu bersuara,
mungkin kerana gerun dengan mama; atau mungkin juga keduanya sekali. Hehe, aku
sudah banyak kali saksikan kejadian sebegini. Mangsa yang aku bawa ke sini
memang selalunya angkuh, namun pada ketika mama ‘turut serta’ masing-masing
kecut. Yang petah jadi gagap, yang lancang jadi bisu.
“Dah siap ke Lia?” soal mama, sengaja dia
meninggalkan pisau pemotong daging itu pada penis Daus. Suara mama sudah tidak
seperti tadi, kali ini nadanya lebih kasual.
“Siap dah ma. Biasalah, borak-borak kejap tunggu
mama. Hehe.” Balas aku.
“Haish budak ni bukan nak panggil. Mama tengah syok
tengok Maharaja Lawak Mega tadi. Shiro tu boleh tahan kelakar jugak ye.” Kata
mama.
Aku hanya tersengih.
Mama datang menghampiri aku, tangannya sibuk
membelek-belek peralatan bedah di atas meja.
“Siapa klien kita ma?” soal aku, sambil meneliti
skalpel yang matanya masih lagi tajam.
“Leong.” Balas mama, ringkas. Kemudian mama
mendekati Daus.
Daus yang matanya masih lagi dilinangi tangis cuba
untuk berganjak jauh sedikit – tidak selesa dengan mama. Dan itu membuat aku
ketawa sedikit.
“Dengar sini, aku taknak cakap banyak lagi. Aku nak
tanya kau soalan. Angguk untuk ya, geleng untuk tak. Faham?” soal mama.
Daus mengangguk laju.
“Bagus.” Kata mama.
“Kau merokok?” – Geleng.
“Dadah?” – Geleng.
“Minum?” – Geleng.
“Betul kau tak minum?” soal mama, serius.
Tangan mama mula mencapai pisau pemotong daging
tadi. Mata Daus terbeliak seketika, kemudian dia mengangguk pantas.
“Kau cuba tipu aku lagi, aku potong ‘anu’ kau
pulak. Nak?” soal mama. – Geleng laju.
Aku biarkan mama bersuaikenal dengan Daus buat
seketika; dan terus menyambung kerja-kerja melabel bahagian dan harga pada balang
dengan menggunakan marker.
Jantung – RM 183,690
|
Pundi Kencing – RM 2,650
|
Usus Kecil – RM 2,495
|
Paru-Paru – RM 100,190
|
Hati – RM 240,580
|
Limpa – RM 1,175
|
Ha, siap!
Sekarang kalian sudah dapat tebak bukan untuk apa
Daus aku bawa ke sini? Ya, jualan organ pasaran gelap – tanpa GST. Sebenarnya
aku yakin harga pasaran lebih mahal, cuma iyalah, kami sekeluarga tidaklah
tamak mana pun. Hasil yang kami dapat sudah lebih dari definisi lumayan pada
aku sebenarnya.
“Lia, mama naik atas kejap eh. Nak masak air.” kata
mama.
“Okeh ma.” Balasku ringkas.
Pada ketika pintu bawah tanah ditutup, Daus
memanggil-manggil nama aku.
“Ye, nak ape?”
“Lia, aku.. aku mintak maaf Lia. Tolong Lia,
lepaskan aku..” katanya.
“Eh? Mintak maaf? Mana pergi awak punya ‘takkan-lepaskan-kau’
dengan ‘kau-tak-kenal-siapa-aku tadi?” soal aku, sedikit memerli.
“Please Lia, please. Aku taknak mati kat sini.
Please, aku tak kenal kau pun, tak kenal family kau… apa.. apa dosa aku kat kau
pun aku tak tau…” rayunya lagi.
Aku berjalan menghampiri Daus, “Awak tahukan saya
tak boleh lepaskan awak? Not after my mum cut your fingers, not after you saw
me labelling those bottles untuk organ-organ awak tu?”
Daus mengumpul nafasnya sebentar, hembus.
“Aku janji aku tak bagitau sesiapa pasal ni.
Pasal.. pasal jari tu aku boleh settle sendiri. Please just lepaskan aku je Lia…”
ujarnya.
Tangan Daus yang terputus jarinya tadi masih menggigil
menahan sakit. Darah masih belum putus mengalir. Di bahagian bawah katil terdapat
satu bekas yang mengumpulkan darah dari jarinya. Bekas kecil itu masih ada
separuh lagi ruang sebelum ianya penuh.
Aku tersenyum.
“Awak nak tahu kenapa saya pilih awak?” soal aku.
“What do you mean?”
“Blind date tu semua, saya yang rancang. Saya bukan
jumpa awak secara random. Saya pilih awak.” Kataku, berterus-terang.
“Ke.. kenapa aku?”
Aku tersenyum.
**
3 hari sebelum.
“Daus budak meka – mekanikal – sem 4, stay Shah
Alam. Good looking jugaklah orangnya.”
“Alright, fill me in.” soal aku, sedikit teruja.
“Amboi kemain. Gini cerita dia, dia tu memanglah
good looking, ada rupa. But perangai dia gampang sangat. Kaki perempuan, kaki
mabuk. Dah ramai dah kena tinggal lepas main dengan dia. Ada yang sampai
pregnant kot. And you know what, aku dapat trace yang pregnant tu.”
“Oh? Pawer gak kau ni.”
“Eh Ika kot. Kekeke. Okeh sambung; dia kata si Daus
tu lepas dapat tau this woman pregnant, terus dia call tak angkat; text tu tak
payah cakaplah kan. This woman pernah masuk wad, kes nak bunuh diri sebab
depress punya pasal. Luckily masa tu her housemate balik awal dari trip, so
sempat berkejar ke hospital. Her baby also fine, due next month in case kau nak
tau.”
“Kau percaya dia punya cerita?” soal aku.
“Aku percaya. But aku tau kau mesti tak puas hati,
so before kau tambah kerja aku, aku amek inisiatif siasat sendiri. Aku upah 2-3
orang untuk follow dia seminggu dua ni, and their report tally with the stories
I heard. Aku pun dah turun field, tanya sendiri orang yang kenal dia.”
“Eh komited pulak kau kali ni, mengharap bonus ke
babe?” balas aku, sedikit terhibur melihat gaya Ika yang begitu teruja
bercerita.
“Haha cilaka kau kan? Aku tolong salah, tak tolong
salah!”
“Ok ok, gurau jela yang.” Aku berhenti, menghirup
sedikit kopi ditangan, “So about the pregnant woman, does she know about our
business?”
“Not technically, no. But aku pancinglah kata aku
dengar ada agen jual organ blackmarket tengah aim budak Daus ni, saje nak
tengok respon dia. Kejap aku quote apa dia cakap: Eloklah macam tu, kurang
sikit jantan keparat dalam dunia ni.”
“Dia tak syak apa-apa kau kata gitu?” soalku lagi.
“Eh kau ni banyak tanyalah! Macamlah aku first time
buat kerja ni!” jawab Ika, sedikit mencebik. Sekali lagi aku ketawa.
“Fine Ika, fine. Well, if you say so. I trust your
judgement.”
“So, amacam? Okay?”
“Nice. Macam biasalah, kau set tempat set masa.”
“Okay cun!”
**
“So.. what if dia pregnant? Apa kaitan perempuan tu
dengan kau?!” balas Daus, tidak puas hati.
“Sisterhood, bro.” kata aku, sekadar berjenaka.
Okay mungkin Daus tidak akan ketawa dengan jenaka
seperti ini sekarang, tapi aku yakin Ika akan terkekek-kekek bila aku ceritakan
perihal perbualan ini nanti.
“Macamni lah, I know what we’re doing is wrong. Sebab
tu kitorang pilih calon yang betul-betul sesuai. And by ‘betul-betul-sesuai’
tadi I mean kalau dia tak ada dalam dunia, dunia ini akan jadi lebih baik. Kau
faham?” soal aku.
“Tak! Aku tak faham. Dan ini.. ini benda paling
gila aku pernah dengar!”
“Terserah. Tapi kita satu family ada prinsip. Kita
tak akan pilih mangsa dari kalangan keluarga dan kawan-kawan. Kita tak pilih
orang baik-baik. Macam saya cakap tadilah. But we’re not doing it for money.
Kitorang terpaksa.” Kata aku.
“What exactly you meant by terpaksa?!”
“Terpaksa. Sebab family kitorang ni– how to put it delicately?
– very unique.”
Dahi Daus semakin berkerut.
“Kitorang dah terlibat dalam business organ ni dah
lama, almost 8 years kot kalau tak salah. But not once we get caught. Tak pelik
ke macam mana kitorang boleh sorok mayat-mayat tu semua?” soal aku, sengaja
mahu memberi Daus soalan KBKK.
Hampir 5 saat Daus tidak menjawab, aku anggap dia
mengalah.
“Saya, abang saya, mama saya; kami sukakan makanan
eksotik.”
Daus masih diam, namun dari riak wajahnya aku dapat
membaca kerisauan yang terlukis. Aku senyum.
“We did all these things, to satisfy our needs. Yep,
kita satu family makan daging manusia; in case you’re wondering.”
“Lepas organ awak kita keluarkan, kita akan
siat-siat kulit awak. Then kita gantung awak kat situ– ” aku menoleh ke belakang,
kawasan yang sedikit luas dan mempunyai 2 pencangkuk besar, “–keringkan darah
awak sebelum bilas lagi sekali, buang tulang, potong kecik-kecik, and then
simpan dalam peti ais.”
“And black market ni more kepada side income je
sebenarnya. Kita satu family cuma berminat dengan daging awak. Tapi dah alang-alang kan, apa
salah kalau boleh buat duit sekali, ye tak?” ujarku lagi, sambil tersenyum.
“Kau.. kau ni gilalah.. Family.. Satu family kau dah
gila!”
“Hehe. Awak kira lucky tau tak jumpa abang saya.
Dia lagi gila.” Kata aku.
Dari dalam bilik ini aku mendengar derapan tapak
kaki mama.
“Ha, mama dah nak masuk.”
Beberapa saat kemudian, pintu dikuak buka. Mama
berdiri dengan dua tong ais. “Lia, tolong mama bawak ni!”
“Okay ma!” jawabku.
Aku menongkat dagu dengan kedua tanganku betul-betul
di hadapan muka Daus – sambil tersengih acah comel – dan merapatkan mulutku
dengan telinganya.
Aku berbisik, “Um. Saya nak bagi nasihat ni. Lebih
baik kalau awak tak melawan. Mama tu boleh jadi garang tau kalau orang tak
dengar cakap dia. Tapi saya rasa awak dah tahu kot pasal tu, kan? Hihi.”
Kemudian aku bingkas bangun menuju ke arah mama
yang sedang bersusah-payah membawa turun 2 tong ais.
**
“Hello, Ika.”
“Haa, dah settle dah. Good work!”
“Ala, macam biasalah. Tapi betullah, Daus tu kinda
cute sebenarnya. Hehe.”
“Ceh tak ada maknanya. Dahlah mulut longkang!”
“Hahahahaha! Anyway, check your account. Aku baru
transfer 5K.”
“Haha esoklah kat kelas aku cerita.”
“Sure-sure. Love you babe.”
0 maklumbalas:
Post a Comment