“Chop his head off, rip his heart out, tear his
guts, torture, torment him as you pleased. Do whatever you want, I don’t care
anymore.” Kata Lil – dengan ekor yang masih menghulurkan pisau – suaranya berbaur kecewa.
Joe membungkam.
Tiba-tiba lututnya terasa terlalu lemah untuk
menampung berat badan sendiri. Akhirnya dia mengalah. Di hadapan syaitan
berbusana merah itu Joe melutut. Matanya mula kemerahan dilinangi airmata.
“ARGHHHHH!!”
Suara raungan Joe memecahkan kesunyian rumah. Dia
berteriak sekuat hati, melepaskan segala macam rasa yang tersimpan. Marah,
takut, keliru. Semua emosi sudah bercampur-baur menjadi satu. Joe berasa dia
seperti sudah hilang akal.
Hampir 10 saat, dia berhenti. Wajahnya ditunduk ke
bawah.
“Apa.. apa kau nak aku buat sekarang? Yes, I’m
patethic. I know I’m pathetic. I’m fucking pathetic! So tell me, apa aku kena
buat sekarang?!” Joe bergerak – dengan menggunakan lutut – menghampiri Lil.
Tangannya memegang kaki Lil – seolah sedang sujud –
sambil menangis. “Tell me what I have to do, Lil…”
Lil menunduk ke bawah, mengangkat lembut wajah Joe
dengan menggunakan jari yang diletakkan di bahagian dagu.
Joe dapat melihat dengan jelas mata merah gelap
Lil. Anak matanya tajam seperti mata seekor reptilia yang mampu berubah
mengikut kesesuaian cahaya. Dan baru sekarang dia sedar bahawa Lil adalah
sejenis makhluk yang menakutkan – imej yang mengganggu – apabila diteliti.
“Jo-ha-ri.” Suara Lil lembut.
“It’s Jo– ah, never mind.”
“Awak nak tahu tak, kenapa saya hentikan awak–” Lil
memalingkan wajahnya ke arah ayah tiri Joe, “…dari bunuh manusia yang awak panggil sampah kat situ?”
“Please,” pinta Joe, mengangguk.
“There’s an extent to which one act is called evil;
and yours just now has gone beyond
that extent. It’s not evil anymore, it’s a disgrace.” terang Lil.
Airmata Joe mengalir sekali lagi.
“I’m sorry.”
“Awak kata ayah awak binatang. A monster, a piece
of shit; but look who’s the monster now? Dia buat hidup awak susah; a living
hell as you would call it; but at least he gave you life. Dia beri awak hidup;
dan sekarang awak hendak rampas hak dia untuk hidup? Does it sounds fair to you?”
Lil berjeda seketika.
“Taking the life of the one who gave you life; that is a disgrace. Even to ‘us’.” Kata
Lil menekankan perkataan ‘that.’
“Maaf. Aku… aku mintak maaf!” Kata Joe.
“Awak tahu apa yang paling ironik, Joe? Kata-kata itu
datangnya dari seekor syaitan; a creature that your kind refer to as the most
molevolently wicked being of all the darkest pits of sins and evil. That is a
dis–”
“DISGRACE!” Joe mencelah, “I know, it’s a disgrace!
A disgrace! I’m a disgrace! My whole existence is a disgrace! I’m sorry, okay?!
Aku.. aku dah mintak maaf! Apa lagi kau nak?! I know I’m wrong, I’m a disgrace!
A DISGRACE! I’m sorry.. I’m.. sorry.”
Dan Lil dapat menghidu kekesalan yang mendalam
datang dari diri Joe. Dia beralih pandangan ke arah ayah tirinya, kemudian
balik semula ke lelaki yang sedang menangis di hadapannya.
Lil tersenyum.
“I never asked for an apology. Who am I to forgive
being? I’m just a devil.”
“Jadi.. kau nak aku buat apa sekarang? Tolong, Lil.
Aku.. aku lost. Aku dah tak tau apa patut aku buat sekarang…”
Lil memegang tangan Joe, tapak tangannya ditadah.
Perlahan-lahan ekornya meletakkan pisau pemotong daging tadi di atas tapak tangan
Joe. Genggam.
“Just do the right thing. Saya percaya awak tahu,
Johar.”
Tiba-tiba fizikal Lil mula berubah. Asap dan kabus mula menyelubungi badan Lil. Sedikit demi
sedikit kabus itu meluap naik ke atas. Dan hilang. Joe meneliti tangannya yang
masih menggenggam kemas pisau yang dihulur Lil tadi.
“She.. she said my name right.”
Joe bangun.
Keadaan rumahnya tiba-tiba semakin gelap. Masa
masih lagi terhenti. Dia sempat berpaling melihat ayah tirinya yang masih dalam
posisi sama – cuba menahan serangannya tadi – sebelum ayah tirinya juga ditelan
kegelapan. Yang ada sekarang hanya Joe, dan tangan yang masih menggenggam kemas
pisau pemotong daging. Dia seolah sedang berada di dalam sebuah kotak hitam
tanpa cahaya.
“Ini.. ini tak masuk akal.” Joe menggumam.
Is it Lil?
Mungkin dia beri aku ruang untuk berfikir… Mungkin.. tak semua syaitan itu
jahat?
Bisik hati Joe.
**
Hampir 10 minit keadaan sekeliling berteman gelap
dan sepi, Joe melepaskan pisau yang dipegang tadi ke lantai. Dia bangun, dan
memerhatikan keadaan sekeliling, cuba mencari bayang Lil.
“Lil! Lil! I’ve got my answer!” teriak Joe.
Dia bergerak secara rawak, masih cuba mencari
kelibat syaitan berbusana merah tadi. “Lil, kau kat mana? I’ve got my answer! I
know what I’ve to do now Lil!”
Clap!
Satu tepukan terdengar. Ruang gelap tadi mula
berubah menjadi persekitaran yang Joe biasa lihat. Dia masih berada di dalam
rumah.
Kipas kembali berputar.
“Lil–”
“–kau nak buat ni babi?!”
Ayah tirinya terus bangun dari sofa. Pada ketika
Joe berpaling ke belakang, lehernya sudah pun dicengkam erat. Tangan Joe
beberapa kali menepuk tangan ayahnya minta dilepaskan.
Joe tahu kali ini dia dalam masalah besar.
Dari tadi refresh asek page not found je
ReplyDelete