Novel

Kacau (Buku Fixi)

“Syira? Syira! Ajim, mana Syira?!” teriak aku.
“Dia ada sebelah aku tadi, tapi lepas blackout tu aku…” Al terhenti. Matanya memandang ke atas. “Oh my god!! Sana!” Al menunjuk ke arah Syira yang sedang bergayut pada lampu chandelier, masih cuba memanjat.
“Someone do something! Bawak dia turun! Fiq! Jimie!” Al yang biasanya tenang dalam semua perkara semakin hilang identitinya.
Fiq berlari ke arah Syira dan menariknya dari bawah.
“Hahahahahahahahahahaha!” Syira mengilai melihat Fiq yang terkial-kial menarik kakinya. Aku turut cuba menghulurkan bantuan, tetapi usaha yang dilakukan seperti tidak memberi apa-apa impak.
 “Fiq, on three. Kita rentap sama-sama!” cadang aku.
“Okay!”
 “One, two… three!”


Gelap (Buku Fixi)

Sekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. ‘Private party’ setiap tahun sudah menjadi satu tradisi. Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertandang. Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini?


Proksi Virginia (Darma Press)

Jalan Mawar institusi pelacuran terkemuka di negara. Menjadi saksi pertumpahan darah, penyeksaan, kepuasan hawa nafsu serta jual beli barang dagangan. Sam, Hattan, Valerie dan Sarah menjadi sebahagian dari sejarah jual beli di Jalan Mawar. PROKSI VIRGINIA mengisahkan tentang dunia Hattan, Sam, Valerie dan Sarah. Siapakah mereka dan apa kaitannya?








Les Criaturas (Sorok Kitab)

Manusia normal melihat Les Chateau sebagai satu kawasan perumahan biasa. Namun, tidak bagi mereka yang diberikan peluang kedua untuk memperbaiki dan menjalani hidup baru. Malangnya, ketenangan yang dikecapi semakin lama semakin hilang dek serangan misteri daripada seseorang yang menaruh dendam lama. Penduduknya berada dalam keadaan bahaya. Ada dalam kalangan mereka yang perlu berkorban nyawa, darah dan air mata untuk memastikan rahsia masa silam tidak diketahui sesiapa. Bersediakah Hafez dan Dynah menggadai nyawa untuk menyelamatkan Les Chateau? Sejauhmanakah persahabatan mampu menyelamatkan nyawa orang tersayang?
Les Criaturas ada jawapannya.


Dendam Ratu Ular (Buku Prima)

KAIRA, gadis malang yang menjadi mangsa hinaan penduduk kampung disebabkan fizikalnya yang cacat dan hodoh. Akibat perbuatan khianat Kalsum yang sekian lama menyimpan dendam terhadap keluarganya, rumahnya dibakar. Neneknya terbunuh dalam kejadian itu. Kaira yang terselamat dari bencana itu kini hilang tempat bergantung hidup. Dia membawa diri jauh dari kampung bersama segunung rasa sedih dan dendam yang berapi. Segalanya berubah apabila dia dihumban ke dalam sebuah perigi buta oleh satu kuasa ghaib,lalu bertemulah Kaira dengan Raja Ganerin,iaitu raja ular jadian daripada bangsa jin. Syarat perjanjian dimeterai, Kaira berubah menjadi cantik tetapi sangat berbisa! Dengan kecantikan miliknya, dia kembali untuk melunaskan dendam. Namun cinta yang akan menjadi racun dalam hidupnya datang tanpa diduga. Keadaan menjadi semakin sukar. Derita sentiasa mengekori Kaira.
“Bagaimana untuk aku hidup bersamanya, sedangkan dia begitu taat kepada TUHANnya? Manakala aku pula makhluk yang dilaknat.” – KAIRA
“Sayangku, usahlah kau menangis. Aku ada bersama kau. Kau bukan lagi manusia biasa. Kini kau menjadi milikku. Jasad kau saja manusia. Tetapi jiwa kau sudah mati! Kau kini makhluk jadian. Kau adalah ratu ular!” - RAJA GANERIN
“Kalau kau berani, cubalah! Aku juga akan pastikan kau tak akan terlepas. Kau jangan lupa, walaupun itu cadangan aku, tapi kau yang membakar rumah tu!” – KALSUM
 

0 maklumbalas:

Post a Comment