Sunday, March 15, 2015

Devil in Red (Part 3) - Ariff Adly

12:40 PM Posted by Unknown 1 comment
“Chop his head off, rip his heart out, tear his guts, torture, torment him as you pleased. Do whatever you want, I don’t care anymore.” Kata Lil – dengan ekor yang masih menghulurkan pisau –  suaranya berbaur kecewa.
Joe membungkam.
Tiba-tiba lututnya terasa terlalu lemah untuk menampung berat badan sendiri. Akhirnya dia mengalah. Di hadapan syaitan berbusana merah itu Joe melutut. Matanya mula kemerahan dilinangi airmata.
“ARGHHHHH!!”
Suara raungan Joe memecahkan kesunyian rumah. Dia berteriak sekuat hati, melepaskan segala macam rasa yang tersimpan. Marah, takut, keliru. Semua emosi sudah bercampur-baur menjadi satu. Joe berasa dia seperti sudah hilang akal.
Hampir 10 saat, dia berhenti. Wajahnya ditunduk ke bawah.
“Apa.. apa kau nak aku buat sekarang? Yes, I’m patethic. I know I’m pathetic. I’m fucking pathetic! So tell me, apa aku kena buat sekarang?!” Joe bergerak – dengan menggunakan lutut – menghampiri Lil.
Tangannya memegang kaki Lil – seolah sedang sujud – sambil menangis. “Tell me what I have to do, Lil…”
Lil menunduk ke bawah, mengangkat lembut wajah Joe dengan menggunakan jari yang diletakkan di bahagian dagu.
Joe dapat melihat dengan jelas mata merah gelap Lil. Anak matanya tajam seperti mata seekor reptilia yang mampu berubah mengikut kesesuaian cahaya. Dan baru sekarang dia sedar bahawa Lil adalah sejenis makhluk yang menakutkan – imej yang mengganggu – apabila diteliti.
“Jo-ha-ri.” Suara Lil lembut.
“It’s Jo– ah, never mind.”
“Awak nak tahu tak, kenapa saya hentikan awak–” Lil memalingkan wajahnya ke arah ayah tiri Joe, “…dari bunuh  manusia yang awak panggil sampah kat situ?”
“Please,” pinta Joe, mengangguk.
“There’s an extent to which one act is called evil; and yours just now has gone beyond that extent. It’s not evil anymore, it’s a disgrace.” terang Lil.
Airmata Joe mengalir sekali lagi.
“I’m sorry.”
“Awak kata ayah awak binatang. A monster, a piece of shit; but look who’s the monster now? Dia buat hidup awak susah; a living hell as you would call it; but at least he gave you life. Dia beri awak hidup; dan sekarang awak hendak rampas hak dia untuk hidup? Does it sounds fair to you?”
Lil berjeda seketika.
“Taking the life of the one who gave you life; that is a disgrace. Even to ‘us’.” Kata Lil menekankan perkataan ‘that.’
“Maaf. Aku… aku mintak maaf!” Kata Joe.
“Awak tahu apa yang paling ironik, Joe? Kata-kata itu datangnya dari seekor syaitan; a creature that your kind refer to as the most molevolently wicked being of all the darkest pits of sins and evil. That is a dis–”
“DISGRACE!” Joe mencelah, “I know, it’s a disgrace! A disgrace! I’m a disgrace! My whole existence is a disgrace! I’m sorry, okay?! Aku.. aku dah mintak maaf! Apa lagi kau nak?! I know I’m wrong, I’m a disgrace! A DISGRACE! I’m sorry.. I’m.. sorry.”
Dan Lil dapat menghidu kekesalan yang mendalam datang dari diri Joe. Dia beralih pandangan ke arah ayah tirinya, kemudian balik semula ke lelaki yang sedang menangis di hadapannya.
Lil tersenyum.
“I never asked for an apology. Who am I to forgive being? I’m just a devil.”
“Jadi.. kau nak aku buat apa sekarang? Tolong, Lil. Aku.. aku lost. Aku dah tak tau apa patut aku buat sekarang…”
Lil memegang tangan Joe, tapak tangannya ditadah. Perlahan-lahan ekornya meletakkan pisau pemotong daging tadi di atas tapak tangan Joe. Genggam.
“Just do the right thing. Saya percaya awak tahu, Johar.”
Tiba-tiba fizikal Lil mula berubah. Asap dan kabus mula menyelubungi badan Lil. Sedikit demi sedikit kabus itu meluap naik ke atas. Dan hilang. Joe meneliti tangannya yang masih menggenggam kemas pisau yang dihulur Lil tadi.
“She.. she said my name right.”
Joe bangun.
Keadaan rumahnya tiba-tiba semakin gelap. Masa masih lagi terhenti. Dia sempat berpaling melihat ayah tirinya yang masih dalam posisi sama – cuba menahan serangannya tadi – sebelum ayah tirinya juga ditelan kegelapan. Yang ada sekarang hanya Joe, dan tangan yang masih menggenggam kemas pisau pemotong daging. Dia seolah sedang berada di dalam sebuah kotak hitam tanpa cahaya.
“Ini.. ini tak masuk akal.” Joe menggumam.
Is it Lil? Mungkin dia beri aku ruang untuk berfikir… Mungkin.. tak semua syaitan itu jahat?
Bisik hati Joe.
**
Hampir 10 minit keadaan sekeliling berteman gelap dan sepi, Joe melepaskan pisau yang dipegang tadi ke lantai. Dia bangun, dan memerhatikan keadaan sekeliling, cuba mencari bayang Lil.
“Lil! Lil! I’ve got my answer!” teriak Joe.
Dia bergerak secara rawak, masih cuba mencari kelibat syaitan berbusana merah tadi. “Lil, kau kat mana? I’ve got my answer! I know what I’ve to do now Lil!”
Clap!
Satu tepukan terdengar. Ruang gelap tadi mula berubah menjadi persekitaran yang Joe biasa lihat. Dia masih berada di dalam rumah.
Kipas kembali berputar.
“Lil–”
“–kau nak buat ni babi?!”
Ayah tirinya terus bangun dari sofa. Pada ketika Joe berpaling ke belakang, lehernya sudah pun dicengkam erat. Tangan Joe beberapa kali menepuk tangan ayahnya minta dilepaskan.
Joe tahu kali ini dia dalam masalah besar. 

1 comment: