Aku
berjalan dan terus berjalan umpama orang hilang arah. Jujur, tika ini aku
benar-benar sesat. Mataku melilau mencari signboard ataupun orang awam yang
berkemungkinan ada di kawasan sekitar. Puas jugalah aku mencari macam orang gila
tapi tiada satu pun signboard mahupun orang awam yang aku temui. Kosong.
Aku
mengeluh panjang. Aku tidak cukup familiar dengan kawasan ini sebab hari ini
merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki ke tempat ini. Tapi mana semua orang? Aku
jadi hairan, dari tadi aku tak jumpa seorang pun manusia selain diri aku
sendiri. Bangunan dan rumah-rumah di kawasan ini semua kosong. Tidak
berpenghuni.
Tapi kenapa aku ada dekat sini?
Aku tiada jawapan untuk itu, maaf.
Langit
mula gelap menandakan siang akan diusir pergi tak lama lagi. Dan bila gelap,
aku akan bertambah sesat dalam kepekatan malam. Lampu-lampu jalan tidak
menunjukkan tanda untuk menyala. Sah, aku akan kegelapan dekat sini!
Tap. Tap.
Bahu
aku ditepuk dua kali oleh seseorang. Syukur, masih ada orang lain selain aku di
sini. Aku toleh ke belakang dan aku lihat seorang lelaki berpakaian serba hitam
sedang memandangku. Aku tersenyum. Namun dia tidak membalas senyumanku. Sombong!
Perlahan-lahan,
dia mendekati aku. Wajahnya yang tidak mempamerkan sebarang reaksi menyebabkan
aku berasa teramat takut. Adakah dia pembunuh bersiri dan aku adalah mangsanya?
Gulp.
Aku telan air liur.
Dia
mula tersenyum sinis. Manik-manik peluh dingin mula timbul di dahi. Aku takut!
Tiba-tiba,
kaki aku bagaikan ditarik dengan begitu kuat dan aku terjaga dari tidur. Aku
mengeluh dan bersyukur dalam masa yang sama. Namun, tak lama selepas itu, aku
kembali menyumpah seranah.
“Shit,
ini bukan bilik aku,” kataku dalam nada yang cemas.
Aku
memandang sekeliling. Sah, aku tak berada di bilik tidurku. Tiada poster
artis-artis kesayangan aku di dinding. Tiada rak buku yang menempatkan
buku-buku kegemaranku. Shit, God must
playing around with me right now!
Krekkkkkk.
Pintu
bilik dikuak dan lelaki psiko yang baru aku jumpa dalam mimpi tadi berdiri di
ambang pintu sambil menguntum senyuman yang penuh makna.
Gulp.
Aku telan air liur lagi.
Lelaki
itu mula mendekati aku yang masih di atas katil. Dan kali ini dia memengang
pisau pemotong daging di tangannya.
Dia
tersenyum simpul.
“Selamat
datang ke neraka, sayang,” katanya sebelum bilah pisau itu melekat di pahaku.
0 maklumbalas:
Post a Comment