Showing posts with label certotFixi. Show all posts
Showing posts with label certotFixi. Show all posts

Saturday, March 14, 2015

CertotFixi (PENTAS) - Ariff Adly

4:20 PM Posted by Unknown , , No comments

Jam loceng berdering tanda masuknya hari baru.
Celik.
Aku menggosok mata beberapa kali selepas menggeliat. Perlahan-lahan aku melangkah turun dari katil, berdiri di hadapan cermin. Tanganku mencapai satu topeng muka yang warna asalnya putih kini kotor dengan bermacam warna, penuh calar. Ada juga bahagian yang sudah retak.
Topeng itu aku sarung, dan melihat semula refleksiku melalui cermin.
Kosong.
**
Keluar dari rumah, aku lihat ramai manusia berkumpul – juga bertopeng seperti aku – di hadapan sebuah pentas. Papan tanda di atasnya tertulis: “DUNIA”.
Di atas pentas berdiri  lima orang – juga bertopeng.
Empat daripada mereka hampir sama keadaan topengnya; kotor, dan penuh calar. Seorang daripada mereka hanya anak muda; usianya dalam 15 atau 16 tahun aku anggarkan. Topengnya masih bersih.Manusia-manusia di bawah melemparkan batu, lumpur, selipar. Ada juga yang gila melayangkan pisau dan parang.
“Whoaaaa!!”
Satu sorakan panjang terdengar. Ada juga yang bertepuk tangan, teruja apabila sebilah pisau tertancap menembusi topeng salah seorang di atas pentas. Aku tidak terkecuali. Mereka di atas pentas hanya statik. Tertunduk, tidak melawan.
Ah, satu sudah rebah. Empat lagi.
**
Selesai hari ini.
Aku kembali ke rumah. Topeng muka aku tanggal, dan terus rebah di atas katil.
**
Jam loceng berdering tanda masuknya hari baru.
Celik.

CertotFixi (LARI) - Ariff Adly

4:19 PM Posted by Unknown , , No comments


“Jadi sekarang saya nak awak semua tulis 3 fakta yang awak tahu tentang berlari. Awak boleh tulis apa-apa saja asalkan ia berkait dengan lari. Contohnya, ‘Berlari mampu meningkatkan tahap keyakinan diri’. Ha itu dah satu, awak kena cari point lain.” Kata Cikgu Zaidi.
“Em mana kitorang nak tau cikgu, kitorang bukan atlet.”
 “Tak apa, awak tulis je apa yang ada dalam kepala awak tentang berlari. Kata kunci dia, ‘fakta’ dan ‘lari’. Jadi, be creative.” Ujarnya lagi.
Setelah beberapa ketika dahi Amir berkerut, pensel yang dipegang sejak tadi mula ligat menari di atas kertas.
“Siap!” kata Amir, sedikit teruja.
“Bagus! Tolong bacakan satu-persatu.” arah Cikgu Zaidi.

1.      Sugus jika dieja dari kanan ke kiri masih lagi Sugus.
2.      Selimut Tetangga bukan bemaksud selimut kepunyaan jiran.
3.      Buku Fixi bukan syarikat penerbitan buku puisi.

“Amir! Apa yang awak buat ni? Awak tak faham tajuk ke?”
“Betul la tu, cikgu kata keyword dia ‘fakta’ dengan ‘lari’. Lepas tu cikgu suruh be creative. Pasal lari jugalah tu.”
“Celah mananya pasal lari? Cuba awak explain sikit?”
“Lari tajuk.”
“Dajei.”
Lantas Cikgu Zaidi menterbalikkan meja dan melangkah keluar dari kelas.