Tajuk asal "Devil in Red" ialah "The Devil Isn't Always Evil" karya Asyraf Syahir dalam bentuk skrip teater (bahasa Inggeris) yang telah aku ubah sedikit isi dan format supaya menjadi cerpen kerana aku suka idea yang ditampilkan. Jadi kredit "Devil in Red" harus diberikan kepada Asyraf Syahir.
**
Lantaklah apa nak jadi lepas ni, I have to
finish him off . I have to.
Itu sahaja yang sedang bermain dikotak fikiran Joe buat masa ini. Dia
sudah letih hidup bersama ayah tirinya yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri seorang ayah.
Kaki mabuk, kaki judi, kaki perempuan.
Cukup tiga kriteria yang mampu memusnahkan institusi keluarga. Tapi apa itu
keluarga? Sejak kecil Joe tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Ibunya
sendiri jarang berada di rumah, selalu kerja hingga lewat malam demi menyara dia
dan ayah tirinya.
Tapi itu cerita dulu, ketika ibunya masih punya hayat di dunia.
Sekarang ibunya juga sudah pergi berjumpa Tuhan, dan mungkin sekali sedang bersama dengan ayah kandungnya. Ayah kandung yang Joe sendiri hanya kenal melalui
beberapa keping gambar.
Dan sejak pemergian ibunya juga Joe mula rasa hidupnya yang sudah sememangnya tidak teratur menjadi semakin berantakan apabila terpaksa berkongsi bumbung dengan manusia
yang sifatnya serupa syaitan. Tunggang-terbalik.
Sambil mengusap wajah yang bengkak akibat ayah tirinya yang mabuk
semalam, matanya memandang tajam ke arah pisau pemotong daging. Perlahan-lahan
tangannya menarik keluar pisau dari rak. Dia terhenti beberapa ketika melihat
tangan kanannya yang juga lebam dan berparut. Juga berpunca dari ayah tirinya
yang memang kaki pukul.
2 tahun setengah Joe cuba menahan amarah, hari ini sabarnya sudah
hilang.
“Engkau dengan mak kau sama je.
Anjing. Hidup menyusahkan orang!”
Kata-kata ayah tirinya sejak tadi terngiang-ngiang di telinga. Dia masih
mampu sabar hidup bersama sampah seperti ayah tirinya, masih mampu tahan
dipukul dan dicaci. Tetapi bukan ibunya. Selama ini pun ibunya yang berhempas
pulas mencari rezeki, nak harapkan si gampang itu, haram.
Matanya tidak berkelip memandang tepat ke arah ayah tirinya yang sedang
tidur di atas sofa ruang tamu bertemankan botol air kencing syaitan dan bekas
abu rokok yang sudah terbalik.
Kakinya melangkah perlahan. Setiap langkah yang dibawa menjadikan
degupan jantungnya semakin laju. Bukan dek takut, tetapi teruja.
Teruja untuk mula hidup baru tanpa ayah tirinya. Semakin hampir dia dengan
ayah tirinya, jantungnya semakin laju. Peluh mulai membasahi pelipat dahinya.
Leher? Dada? Perut?
Atau kepala?
4 bahagian yang mampu memberikan kecederaan fatal untuk manusia. Dan
Joe harus memilih salah satu bahagian sebagai permulaan.
“Shit!”
Langkahya terhenti apabila kakinya terlanggar satu botol kosong
menghasilkan bunyi yang agak kuat di dalam rumah yang sunyi itu. Botol itu berguling
buat beberapa ketika sebelum berhenti.
“Diamlah sikit bodoh! Aku nak tidur!” dengus ayahnya.
Matanya masih tertutup.
Dia masih tidak perasan anak tirinya hanya beberapa langkah darinya
dengan pisau pemotong daging, tidak sabar untuk menamatkan hayatnya. Dan itu
membuatkan Joe lega. Dia tahu perkelahian besar akan berlaku sekiranya manusia
yang terbaring di atas sofa itu sedar akan apa yang Joe sedang ingin cuba
lakukan.
“Tidur. Heh, kau nak tidur?” Joe sedikit tersenyum.
Sini, aku bagi kau tidur terus.
Pisau ditangan digenggam kemas, perlahan-lahan tangannya diangkat
tinggi. Ayah tirinya masih lena, dan itu sudah cukup bagus.
Leher.
Keputusan dibuat. Itu segmen yang cuba Joe sasarkan. Puas juga kalau
dapat lihat si tua buncit yang buat hidupnya kucar-kacir menderita sebelum
dijemput ajal, fikirnya. Ketika ini pelbagai jenis perasaan bermain dibenaknya,
tidak terkecuali perasaan takut.
First-time killer, biasalah.
“Satu. Dua. Tig–”
“Sial! Apa–” ayah tirinya tiba-tiba terjaga.
Clap!
Satu tepukan terdengar.
Masa terhenti.
Keadaan rumah yang sugul menjadi semakin kelam. Seolah ada satu aura
gelap yang menyelubungi mereka berdua. Matanya turut menangkap kabus yang entah
dari mana mula memenuhi ruang di mana dua beranak itu berada. Dan ayah tirinya
seolah beku dengan kedudukan tangan masih sedang cuba menghalang dari pisau itu
singgah di anggota badannya.
“Ahem.”
“What the hell?” Joe menggumam dan terus berpaling ke belakang, arah
punca suara perempuan itu datang.
“Ah, what do we have here? A son who wanna kill his own dad?” Perempuan
itu memulakan bicara.
“S.. siapa kau?!” tengking Joe, menghalakan pisau yang dipegang ke arah
perempuan tadi.
Perempuan yang memakai gaun
merah dengan bahagian paha yang dibiar terdedah hanya tersenyum melihat reaksi Joe.
Dia mengangkat tangan kirinya dan memetik jari satu kali.
“Sini pisau tu,” tangannya mengusap lembut tangan Joe, mengambil pisau
yang dipegang. Joe tidak melawan – atau lebih tepat, dia tidak mampu melawan –
kerana keadaannya kini sama dengan ayah tirinya.
Snap!
Joe kembali sedar. Pisau yang dipegangnya sudah pun bertukar
tangan.
“What... H.. how?!”
“Shh, you don’t have to be so loud, Johari. Niat saya cuma ingin bantu awak. I took this murderous
instrument from you, just to stop you from doing something you will soon regret. Come on,
he is your father.” Balasnya.
Joe beralih pandangan ke arah ayah tirinya; masih pegun dengan
posisi yang sama sebelum dia mendengar satu tepukan tadi. Dia juga perasan
kipas yang bilahnya ligat mengejar sesama sendiri tadi turut terhenti dari rotasi.
“First of all, my name is Johar. Second, he’s not my father, he’s a
fucking devil. And third, siapa kau?” soal Joe, kali ini nadanya lebih tenang.
“Ouch. It’s quite offensive you know?”
“Which part?”
“Hehe. Well since you ask, my name is Lilith. And I’m a devil.”
Joe mengambil masa senggang beberapa saat sebelum kembali bersuara, “You’re
a what?”
“Duh. Didn’t you hear me the first time? I’m a devil. But you can call
me Lil, sounds more casual right?”
“A devil?” Joe mengambil nafas
panjang, “Okay, aku dah gila ke ni? Am I seeing things?”
“It’s real, Joe.”
0 maklumbalas:
Post a Comment