Monday, March 23, 2015

Hantu Moden - Ed Khilaf

12:08 PM Posted by Ed Khilaf (Ed) No comments
            “Kau tak payah la nak poyo,” sindir Dian. Panjang hanya menjeling ke arah kanan bahunya, tempat Dian bertenggek. “Ye la, makcik oi.. Kau ingat kau sorang je la laju?”, jawab Panjang. Dian mengekeh kecil. Panjang hanya tersenyum. Pandangan mereka tertumpu ke arah  bandaraya dari kawasan bukit.

            “Panjang…” kata Dian perlahan. Hantu galah itu menoleh. “Kawasan ni dah nak dibuka. Kau tak nak pindah ke?” Panjang mendengus perlahan tanda kecewa. “Entahlah. Kau agak mana lagi aku nak duduk? Lapan ratus tahun aku tinggal kat sini…”

“Betul Jang, tapi dah dekat sangat dengan sarang kau ni haa..” Dian memotong saat Panjang mula bermelankoli. “Bukit Botak sana kau tak nak try? Tu pun macam cara gak.” Mereka berdua menoleh ke arah bukit berkenaan yang terletak berhampiran lebuhraya MRR2. “Siapa je yang ada kat sana? Macam bosan je…”

“Dah, dah… kau fikir elok-elok. Kau nak stay sini, lantak kau. Kang kalau ada kes kat sini, apa-apa jadi kat kau, aku tak tahu ah…” kata Dian yang cuba mengakhiri perbualan. “Dah pukul 4 pagi dah ni. Ni kang aku masuk keje pukul 10.” sambungnya. “Alaaa… camnilah kau. Bukan selalu lepak.” keluh Panjang. Dia agak merindui rakannya itu. Maklumlah, persahabatan mereka menjangkau 100 tahun. Segala pahit maung yang mereka lalui sepanjang kehidupan sebagai makhluk halus, lebih-lebih lagi Dian, adalah sangat berharga. Melalui Panjanglah, Dian mempelajari selok-belok kehidupan makhluk halus. Meski berbeza spesis dan Dian baru sahaja menjalani kehidupan sebagai pontianak, Panjang tidak jemu membawanya pergi menemui beberapa pontianak lain yang senior untuk mendidiknya. Pendek kata, Panjang, si hantu galah yang selamba perwatakannya ini seolah seorang abang angkat.

“Alaa… Jang ko takyah la nak emo. Esok aku off. Boleh lepak lama skit. Gi area Kemensah la kang, orait tak?” Dian cuba memberikan cadangan. Di tangannya memegang telefon pintar Samsung S4. Dia sibuk melayan Whatsapp texting bersama rakan sekerja sambil berbual bersama Panjang.

Panjang mendengus lembut. “Mana2 je la, Dian oi.”

             “Okay la, aku nak ciao dulu. Eh, esok kau nak singgah office PLUS kan? Ada interview ko cakap hari tu?” Dian tiba-tiba teringatkan akan niat Panjang beberapa hari lepas. “Oh, job highway maintenance tu… Lepas lunch. Alaa… kat plaza tol area Gombak je pun. Tau la aku. Anyway mekasih sebab ingatkan.” jawab Panjang sambil tersenyum. “Ko jangan lupa emailkan resume aku nanti. Kang aku print sendiri. Aku nak sebelum lunch hour.” tambahnya lagi.

“Yelah.” jawab Dian ringkas.

0 maklumbalas:

Post a Comment