Sunday, March 22, 2015

Parallel Offline (bhg 2) - Ed Khilaf

9:54 AM Posted by Ed Khilaf (Ed) No comments
“Mana daa woi? Angkat la tepon!” Ash mengomel seorang diri sambil diperhatikan roommatenya. “Entah-entah tido dah ke kau ni pun boleh tahan nak call orang pukul 2-3 pagi.” Seloroh Aying yang sedang menggaul mi goreng segera yang masih panas di meja.
“Alaa.. mamat ni pun bukan betul sangat. Aku perlukan hiburan malam ni.”, rungutnya lagi. Telefon pintar berjenama Samsung S3 diletakkan kembali di atas meja. “Wei Aying, apa movie best kau ada? Jenama xxx aku takmau.” Gurau Ash acah serius. “Banyak la kau.” Jawab Aying sambil membaling sampah bungkusan mi segera ke arah Ash. Gadis berusia 24 tahun bertubuh sedikit besar mengelak dengan laungan “woi!” yang tidak berapa kuat. Aying mengekek kecil.
“Movie, movie... Wei minggu depan nak test la. Bawak-bawak la baca buku ke apa.” Aying cuba menasihati teman sebiliknya. Ash hanya mendengus. “Engkau tak payah acah baik sangat. Assignment hari tu pun tak siap lagi kan?”
Aying tersengih kantoi. Dia menjamah mi segera cap Indomee yang sudah suam-suam kuku. “Wei Ash, The Conjuring kau dah tengok?” Aying cuba menukar subjek. Ash sibuk meneliti fail di desktop Aying. “Dah. Lain?” jawab Ash ringkas. Dari mimik mukanya dia tahu Ash seolah tidak berminat dengan movie sebegitu. “Tak cukup seram. Apa je movie kau ada dalam ni? Baru punya takde ke?”
“Baru-baru kau download la sendiri. Mana aku tau kau nak tengok citer apa.” Balas Aying selamba. Dia menyuap perlahan mi segera sambil memejamkan mata. “Sedap tau wei pekena indomee ni. Kalau nak ambik la kat almari.” Aying menawarkan. Mata Ash masih tertumpu pada skrin komputer. “Haa... okey. Kejap.” Jawab Ash.
Blackout. Segalanya terpadam termasuk komputer. Keadaan haru-biru dengan seisi asrama merungut. Ash mula mencarut tidak puas hati. Aying meraba-raba mencari telefon pintar.
Aying akhirnya berjaya mendapatkan telefon & membuka aplikasi lampu. Dia menyuluh keadaan sekeliling. Ash membuka pintu biliknya. Dia melihat beberapa orang penghuni bilik lain keluar dek kejadian.
Sesuatu tak diduga berlaku. Terdengar jeritan dari tingkat atas asrama. Ash berasa tak sedap hati. Sebelum meluru ke arah tangga, Ash menyuruh Aying untuk tinggal bersama mereka di koridor. Keadaan bertukar cemas. Aying kaget.
“Ah, sudah...”
**
“Bolehlah..” Khairi mengambil keputusan untuk memuat turun filem Silent Hill yang pernah ditontonnya sebelum ini. Kopi tadi dihirup habis. Dia mengambil keputusan untuk memuat turun filem Grave Encounters di waktu lain. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Memandangkan esok dia tidak bekerja, Khairi memutuskan untuk berjaga hingga subuh. 
Khairi bangun dari kerusi untuk mendapatkan telefonnya yang berada di atas meja makan. Simbol gagang merah muncul di sudut atas kiri skrin. “Hmm.. Ash? Kenapa?” tanya Khairi sendiri. Dia hanya menghantar mesej melalui Whatsapp sebelum meletakkannya kembali. “Buang tebiat la minah sorang ni.” Khairi hanya tersengih.
Dia kembali memeriksa perkakas muat turun torrent. Data muat turun sehingga 214 kb. Memang laju muat turun pada waktu malam. Khairi tersenyum. Dia menjangkakan dalam masa kurang sejam fail berformat mkv yang bersaiz 700mb akan selesai dimuat turun.
“Eh, apa ni?” Matanya tertumpu kepada sebuah iklan di sudut bawah kiri perkakas torrent tersebut. Terdapat satu illustrasi 3D makhluk menyeramkan dengan butang “PLAY NOW” yang timbul. Sorot mata makhluk seakan wanita itu seolah merenung tepat ke arahnya. “Macam real la pulak. Try la.” Fikirnya. Tanpa membuang masa Khairi klik pada tetikus & muncul tab baru di browser.
Malangnya browser menjadi pegun. Panah tetikus tidak bergerak. Segalanya tersekat pada tetingkap browser hitam. Khairi yang sudah hilang mood mendecit tidak puas hati. Dia rasa cukuplah untuk aktiviti malam itu & mengambil keputusan untuk berehat menanti subuh.

bersambung...

0 maklumbalas:

Post a Comment