Thursday, May 7, 2015

Manusia Tak Bersayap - Muhaimin

7:23 AM Posted by Peachy XX No comments
Petang tu, seperti biasa aku dan Maria duduk melepak dekat padang sambil berbaring di atas rumput. Fe-feeling macam babak student dekat negara omputih yang selalu muncul dekat tv. Maria asyik memerhati sekeliling dan aku pulak asyik memerhati dia. Cliché, kan?
Maria – seorang pemerhati yang bagus. Dia tak akan percaya sesuatu benda yang dia tak tengok dengan mata kepala dia sendiri. Orang yang complicated sikit. Tapi aku suka prinsip dia.
“Kau tahu, manusia sebenarnya boleh terbang. Macam burung,” kataku, sekadar untuk memecahkan kesunyian tika petang tu. Yalah, kalau masing-masing senyap baik balik and stay dekat rumah je, kan?
“Huh? Like seriously? Fakta dari mana kau dapat ni?” Maria mengerutkan dahinya. Riak wajahnya pelik semacam. Mungkin dia tak pernah dengar fakta itu sebelum ini.
Aku tak hairan. Ramai je orang yang tak percaya tapi aku tak kisah. Bagi aku, sudah cukup kalau Maria percaya.
“Betul, aku tak tipu.” Aku cuba meyakinkan dia sambil menganggukkan kepala.
“Tapi macam mana? Manusia bukannya dari species burung yang memang boleh terbang. Sedangkan ayam pun tak boleh terbang.”
Maria masih tak percaya.
“Tapi aku boleh.”
“Serious?” Maria angkat keningnya. Dia masih ragu-ragu.
“Yup. Semalam baru aku mimpi,” jelas aku.
“Pftt. Kalau mimpi ikan paus pun boleh berjalan atas darat.” Maria mencebikkan bibirnya.
Mungkin dia hampa tapi tak apa, nanti aku akan buktikan.
Aku pandang ke langit. Kemudian aku cuba memandang dia. Mata kami sempat bertemu tapi Maria mengalihkan pandangan. Sah, dia hampa. Seperti yang aku cakap berulang-ulang kali, ‘jangan risau, nanti aku akan buktikan’.
“Tapi kalau aku boleh terbang betul-betul, apa kau nak buat?” Aku cuba menduga dia.
“Kita couple,” katanya serius.
Aku tersenyum. Ini peluang yang terbaik, bisikku.

*****
Aku mendepakan kedua-dua belah tanganku umpama anak burung yang baru mengembangkan sayapnya. Sekali-sekala aku mengibas kedua belah tanganku persis seekor burung. Aku tahu ramai yang tak percaya bila aku cakap aku boleh terbang.
Mak, Bapak dan kawan-kawan semuanya mempertawakan aku. Tapi takpe, malam ni aku akan buktikan aku juga bisa terbang. Dan, sudah semestinya Maria akan jadi saksi untuk peristiwa bersejarah ini.
“Amin, kau serious yang kau boleh terbang ni?” Maria menyoal sekali lagi. Mukanya nampak risau. Ah, tak perlu risau nanti tiap malam kita akan terbang bersama-sama.
Aku mengangguk. Aku sudah bersedia untuk ini.
Satu, dua, tiga. Aku melompat dari rooftop bangunan yang ada 13 tingkat itu. Aku terapung.
“Maria tengok, aku boleh terbang,” kataku dengan penuh teruja.
Tapi belum sempat Maria melihat aku terapung (terbang), aku merasakan graviti mula menarik aku ke bawah.
 “Uh-oh, sayap aku tertinggal dekat dalam mimpi,” kataku sebelum jasad bertembung dengan bumi.



Sunday, May 3, 2015

Parallel Offline (bhg. 4)

12:29 PM Posted by Ed Khilaf (Ed) No comments
“Woi gila, ko buat apa?” tanpa salam, Ash memulakan bicara. Sambil mengunyah sarapan Khairi melayan sahaja kelakuan sahabatnya. Headset dipasang selamba. Dia menelan dan membalas dengan tenang, “Gila eh? Mana salam? Ko dah sarapan ke belum?” Mereka berdua tertawa serentak dalam talian. “Takde la. Awal gila ko tido semalam? Tak reply pun whatsapp.” tanya Ash. Keadaan kembali tenang.
“Malas la. Aku tengah sedap blog surfing. Ada pulak masa nak layan kau.” Jawab Khairi sinis. “Macam ni laa,” Ash acah mengeluh. Dia menyambung, “Wei, malam tadi ada kes sampuk kat hostel aku.” Belum sempat dia menyambung cerita, Khairi mencelah, “Haa... kang ko citer. Aku tengah menikmati mi kari ni. Sedap.” Dia menghirup nikmat sedikit kuah buat tatapan deria mendengar rakannya. Ash tergelak kecil. Tertekan juga perasaannya kerana belum lagi bersarapan.
“Bodo la. Saja je la ko. Haa.. nanti aku mesej ko balik. Ko makan la puas-puas.” Kata Ash menamatkan perbualan. “Woi, jap. Malam tadi kan time aku tengah download movie, jumpa satu window ni. Game seram. Cambest woi. Grafik dia power.” Khairi mencelah, memanjangkan sedikit perbualan. “Power mende? Ko dah main ke?” soal Ash.
“Belum” jawab Khairi. “Tapi mata satu karakter tu macam jeling ke aku la.”
“Tu tanda ko tak cukup rehat.” Ash memintas perbualan. “Dah lah, nanti mesej balik.” Ash memutuskan talian. Khairi mencabut headsetnya & menyambung kembali sarapan.

Ash memasukkan telefonnya ke dalam kocek seluar. “Pebende ntah mamat ni. Jadi lagi hantu malam-malam. Kang kena kacau baru tahu. Jap... kalo dia kena kacau, mesti dia report ke aku, pastu aku bahan dia balik kaw-kaw kat timeline. Hahaha!” angan Ash sendirian. Dalam dia sengih mengekeh seorang diri, sedikit pun dia tidak sedar bahawa Aying sudah berada di belakangnya.
“Tergelak mende ko ni wei?” suara Aying menyedarkan Ash dari igauan. Ash sedikit terkejut dek teguran. Dia berpusing ke belakang & menghadap Aying yang mengusung fail serta buku IELTS yang tebal. Rakan sebiliknya yang kantoi hanya mampu tersengih.
“Bodo la ko Aying. Terkejut aku.” Jawab Ash. “Takde la haa... Aku call si Khairi tadi. Kacau dia kejap.” Dia menyambung lagi.
“Tu la engko. Dah jom gi sarapan. Alang-alang tu tolong aku settlekan english ni.” Kata Aying selamba. Ash yang dari tadi duduk di atas bangku panjang foyer fakulti bangun mengikuti rakan kesayangannya itu menuju kafe. Dia masih teringatkan kejadian malam semalam.
“Malam tadi kan, budak bilik atas citer yang roommate baru tu macam ada nampak benda sebelum blackout. Start gelap, budak tu dah start takut pastu terjerit-jerit.” Ash memulakan cerita.
“Budak atas? Bilik siapa?” kata Aying yang menoleh sejenak ke arah Ash sebelum kembali memandang ke depan. Dia merasakan getaran dalam handbagnya. Entah mesej dari siapa, dia hanya mengabaikan. Aying mengalihkan kembali fokus ke arah cerita.
“Najwa, budak arkitek yang niqabis tu. Budak bilik dia baru masuk 2 minggu lepas. Tak tau pulak lemah semangat sampai kena sampuk. Gaya serupa tomboy nak ke pengkid. Sekali menggelupur. Habis kecoh.” Ash meneruskan kisah. Dia tersengih kecil.
“Oh, Najwa. Bila masa pulak ada roommate baru tak tau pun. Okay, pastu apa jadi?” tanya Aying lagi. Sedang mereka hampir masuk ke dalam kafe, kelihatan dua orang pelajar lelaki dari meja berdekatan seolah menjeling kearahnya. Aying mengalihkan pandangannya ke arah lain. Timbul rasa menyampah dalam hatinya.
Ash membawa rakannya ke meja hujung yang kosong. Kafe itu agak penuh dengan pelajar yang baru selesai kelas pagi. “Kang aku sambung. Ko gi la beli dulu.” Kata Ash. Dia menghulurkan not lima ringgit kepada Aying. “Aku nak bihun goreng sambal lebih dengan teh o ais.”
“Nanti la ko bagi. Guna duit aku dulu.” Aying terus beredar membeli makanan. Ash mengeluarkan telefon pintar dari saku. Seperti biasa aplikasi whatsapp & twitter menjadi laman rasmi sehari-hari sambil memasang telinga terhadap suara-suara sekeliling. Manalah tahu ada berita yang boleh dijadikan bahan bualan.
Whatsapp dibuka. Dia menekan pada tetingkap bualan Khairi dan menaip;

“Ko test la game tu. Nanti citer kat aku. Bagi link sekali.”

Friday, March 27, 2015

The Breach (part 1) - Khilaf Ed

12:44 PM Posted by Ed Khilaf (Ed) No comments
            “...and it went down in a single blow. Boom!” Jerry told the kids as Mackie fixed their breakfast. She flipped a couple of sunny side-ups on the left pan and left the bacons to sizzle on the other side. The morning was not as sunny but rather cool and cloudy. She opened the windows about half an hour ago. The peculiar odor of petrichor came as she about to oil the pans. The rain will come soon, as she thought.
            “Oh, really?” Mackie jeered as she looked at the storytelling party. That old man was getting rather animated as the story escalates. The kids went ‘oohs’ & ‘aahs’. Some ‘wows’ were heard too. She could only smile & slightly shook her head. It was peaceful. She really wished that it would last.
            About five years ago was the final siege of H-13A Colony. The Global Alliance went full-scale assault against the United Confederation of Colonies for about two years after a certain political security breach. The colony which Mackie & her father, Jerry live now was one of the ‘safest’ places available during the war. The other cluster of colonies including their current stationed home, which located around the Martian west orbital sector, was under the rule of war-hating senates. Yet for a group of pacifist leaders, they armed the colonies with groups of mobile, mechanical, humanoid-like robots called “Strike Modules”.
            After the war, those machines were put out of service. Most of them were destroyed. Some of the technologies were shared & exchanged due to a new treaty made between Earth governments & the Colonists for cultural growth & development. Things went back to normal, so as they thought.

***

            “This is Alpha Leader. Bravo Leader copy.”
            “Bravo Leader to Alpha Leader, copy.”
            “Alpha Leader to Bravo Leader. Alpha Team activating Camo-Shield.”
            “Bravo Leader to Alpha Leader. All systems go. Commencing Operation Skystorm”
            “Copy that.”
            The dark cockpit was filled with neon-colored readings, instruments & gauges. Several crosshairs appeared on the screen. Moments later the hood that covered the cockpit glass showed the surroundings outside the craft he was in.
            Within the full-faced visor, the pilot sneered.
            “Let the games begin.”

***

            It was raining as expected. Mackie washed the dishes & cleaned the kitchen. The rain seemed to be on schedule, she thought. The colony’s weather regulator must be well-maintained, much better than those years. Then again she dreamed of going back to Alabama, back to her birthplace on Earth. She missed her other family members. She missed to visit her mother’s grave.
            She missed her life there.
            It would be next year Mackie & Jerry will be heading back to Earth after her stationary contract on managing the colony’s systems ended. One year is indeed long for a person longing to be back, especially when loved ones are there and very much alive.
            Mackie snapped out of her fond memories. Somebody knocked the front door. Must’ve been dad, she thought. She walked briskly towards the front door and opened it. “What took you so long?” Jerry smirked slightly. Mackie could only put a smile on her beloved dad. “Nothing, it’s just...”
            An echo of explosion interrupted their speech. Their senses alerted. Neighbors came out from their houses as another sound of explosion was heard. The atmosphere of dread shrouded the neighborhood.
            “Look.” Jerry pointed out east of their position. Thick trails of smoke rose to the air with some tall buildings identified. “The city..” uttered Mackie as her eyes fixed over the smoke.
            “Dad, stay here. I’m heading out.” Mackie pushed her way through the crowd heading to the house. Surprisingly Jerry was just simply looked at her actions. A moment later he looked away back to the smoking city.
In the house, Mackie rushed to the table and took her ID pass and the car key. Without any second thoughts she went for the car, and zoomed away. The crowds briefly looked at what happened and slowly dispersed. Only Jerry left standing, eyes fixed over the wall of smoke, several kilometers in front.

to be continued...

Elastic Heart - Aimi

8:41 AM Posted by Unknown No comments

"Good day, Miss Furr" the floweriest tipped his hat as I walked into his store "a single lily again?"
I smiled as he wraps the single white flower before exchanging the good man with money and tips. This had been a weekly routine after the struggles I've been through.
I opened the gate of The Springfield Graveyard where lies the innocent souls who was taken by death. I counted my walks exactly 20 phases before stopping in front of a tombstone, which written:

Thomas Albert Furr
1951-2014

Here lies a Loving Husband,
a Loving Father and a True Friend.

"Hey... It's me again" I sat on the ground where I caressed the indent letters on the tombstone before placing the lonely lily as I discard the wilted one. "I missed you..."
You see, my father and I aren't usually in the same page in everything. We used too, until my mother passed away when I was 17. It took us by surprised. She always happy and showed no sign of illness but devil took her away from us. That is when everything changed.
Thomas changed because he couldn't took the news. Each day, he would disappear through the night, washing away his loneliness pain and arrived home smelling like a hobo in the street in the early morning.
I remembered that we would exchange lashes of courses words each night before he left the house to drunk himself to sleep. While in the morning before I went to school, he would apologised and promised he won’t repeat the night again. It's funny how some promises meant to be broken.
Once he came home on a Friday night with the smell of alcohol lingers from his old body, he barged into my room where, Amber, one of my friend was doing our homework.
"OUT! YOU!" He pointed at Amber and screamed her out the house. I looked at him unbelievably with my mouth opened. "DAD! How could you?!"
"YOU! I tried my hardest to raise you and this is how you repay me?!" He shook my shoulder, pushing me on to the sofa in the living room. "You are disgusting!!"
"Well look who's talking!" I stand my ground, looking at his soulless eyes. "YOU'RE DRUNK DAD! You smelled alcohol!! You're the one who should be disgusted!"
My cheeks became numb before blood starts flowing to it, making myself realised what he had done. Tears starts forming in my eyes, shocked took the room. He never slapped me or even hurt me.
"Honey, I'm-" my father expression changed after a moment which he also realised the situation. He tried to speak but I flees the living room to my room. "ROSE! ROSE!!"
I locked my door as knocked forcefully demanding to enter. I leaned my back on the door before tears starting to escape from my eyes.
After every shout and argue, I had always dreamed to run away. Just to escape but I can. I couldn't. How bad it is, he is still my father and I love him with all my heart.
"Dad, I will always forgive you." I whispered, one hand on the tombstone, while the other wipes the single tear that escaped. "I love you dad."
"I'm moving to LA next week," I sighed, telling the stone the news. "M-maybe it’s not the worst that could happen and clearly this would not be my last visit. I will try to visit you as often as I could."
I sobbed, tears starts flowing down my cheeks. Though through all the fights, I always will cherish the sweet memories that we hat together. When we went vacation in Hawaii, a turtle visited us as we swam in the blue ocean. Or the time when I fell sick where he would stayed by my side and bought me ice cream. And also the time, during winter where we had a snowball fights. It was magical.
"Dad, I hope you and mom are happily together up there." I stand up, patting the tombstone. "Because you two will always be in my heart."

Wednesday, March 25, 2015

Parallel Offline (bhg.3) - Khilaf Ed

2:50 PM Posted by Ed Khilaf (Ed) No comments
 Aying rasa berdebar mendengarkan jeritan tadi. Dia mula memikirkan tentang kes rasuk & histeria yang pernah berlaku di kampus kebelakangan ini. Di koridor ada beberapa pelajar yang kembali ke dalam bilik masing-masing dengan pintu dibiarkan terbuka. Ada yang buat tak tahu dan terus kembali ke bilik untuk sambung tidur. Ada juga yang sengaja bersidai di koridor sambil berborak dan mengumpat.
            Dalam kebuntuan, Aying kembali ke bilik & membiarkan sahaja pintunya dibuka. Tiadalah rasa sunyi. Sekurang-kurangnya jika Ash mahu masuk, dia tidak perlu membuka pintu. Hiruk-pikuk tadi semakin reda. Terdengar suara warden dari arah tangga hujung menuju tingkat atas. “Senang la sikit kerja dia. Warden dah naik.” Kata Aying sendirian. Dia mencapai telefon Ash dengan niat menggodek aplikasi permainan Clash of Clans kepunyaan rakannya.
            Elektrik kembali pulih sebelum sempat permainan tersebut habis loading. Aying membatalkan niatnya. Kedengaran suara kelegaan serta keluhan warga asrama. Telefon dicampak ke tilam. Dia kembali ke desktop untuk memeriksa kerosakan yang mungkin berlaku ketika blackout tadi. Suis power di CPU ditekan semula.
            Ash berjalan masuk ke bilik selamba. “Settle dah. Budak lemah semangat. Kau camne?” Aying memandang Ash sebentar sebelum matanya kembali menghadap skrin. “OK je. Takut aku kot rosak pulak komputer ni.” Jawab Aying sedikit risau.
            “Tu boleh settle nanti. Rileks la.” Ash cuba menenangkan. Dia menuju ke almari & mengambil dua peket indomee selepas menutup pintu bilik. Aying tersenyum melihatkan komputernya beroperasi seperti biasa. “Haa.. kan dah elok. Tak payah hantar kedai.” Tambah Ash.

                                                                        ***

            Sejuk. Khairi berkelubung kembali dalam selimut usai solat subuh. Hujan lebat turun awal pagi itu. Bilik ibunya cerah. Ibu mungkin sedang berzikir, fikirnya. Zack yang berada di katil sebelah masih lena dek kedinginan sekitar. Adik perempuannya di bilik sebelah, barangkali lena juga.
            Kejadian komputer jammed tadi masih melekat dalam kotak ingatan Khairi. Sorotan mata wajah karakter yang nampak real dalam kotak iklan di perkakas torrent benar-benar mengganggu fikirannya. Perasaan best, teruja & sedikit takut, semuanya bercampur-baur. Sudah banyak permainan komputer & konsol bergenre seram yang pernah dimainkan namun apa yang dilihatnya itu seolah-olah lain dari yang lain.
            Jika permainan siri permainan Silent Hill & Obscure disatukan, ia mungkin tidak akan sama feelnya daripada permainan yang baru ini. Pelbagai andaian ligat bermain dalam benak fikiran anak sulung tiga beradik ini. Semakin difikirkan semakin gatal adrenalin mencucuh dalam sistem tubuh. Dia merasakan permainan online itu harus dimainkan walau apa pun terjadi.
            Siang khamis yang free. Tiada program. Tiada appointment berjumpa pelanggan mahupun melakukan penghantaran barang. Ini menambahkan rasa teruja dan confirm dia perlu mencuba permainan online itu sepantas mungkin.
            Rileks dulu, fikirnya. Dia terasa seperti ingin bersantap di Kafe Mesra Ria, tempat bersarapan selang satu blok port bersidai waktu malam. Antara mi kari mahupun roti jala kuah kambing 2 set, dia sibuk memilih keputusan sesuai untuk sarapan pagi itu. Mungkin sahaja selepas bersarapan dia akan terus pulang meneruskan niat lagha yang menggeletek jiwanya sebagai seorang bekas gamer tegar.
            Namun begitu Khairi masih tewas berselimut atas katil. Perasaan malas masih menguasai diri. Dia mencapai telefon pintarnya untuk membalas Ash melalui whatsapp dek missed call yang diterimanya beberapa jam tadi.
           
***

            “Wuih.. aku kat mana ni?” Lelaki itu terkejut tatkala dia membuka matanya. Dalam berbaring dia melihat keadaan sekeliling.
            Kelam.
            Lampu bilik di bahagian atas dinding bersinar malap seolah mentol jimat tenaga sudah hampir mencapai tarikh luputnya. Dia bingkas bangun, dalam keadaan duduk dia melihat keadaan bilik. Terdapat katil bujang lain di sebelahnya selang satu meja berlaci kecil di sebelah kiri kepala katil. Di hujung katil terdapat meja kecil & kerusi. Barangkali meja solek, fikirnya. Pintu tandas berdekatan dengan sudut kanan bilik dan pintu bilik yang terletak hanya beberapa meter dari situ.
            Terdapat juga dua potret di dinding depan dan kiri. Di hadapan kelihatan seperti potret seorang lelaki yang tidak dikenali. Wajahnya pan-asian. Mungkin orang melayu campur, mungkin cina bukit. Ah! Tiada masa untuk semua itu, bentaknya dalam hati. Dia terus memunggah meja di kepala katil mencari telefon pintarnya serta barangan lain.
            Sebentar. Ini mungkin hanya mimpi, fikirnya lagi. Dalam keadaan kembali duduk dia memejamkan mata & bernafas beberapa kali.
            Dia membuka kembali matanya.
            Keadaan masih sama. Di tangannya terdapat telefon pintar. Dia menekan butang power di sisi telefon.
            Masih berfungsi. Lelaki berusia awal 20an itu tersenyum. Dia kembali muram sesaat kemudian apabila mendapati tiada tanda liputan. Dalam keadaan buntu dia meletakkan telefon itu kembali di atas meja tadi. Selang beberapa ketika kemudian dia menampar dirinya. Sakit.
            Dia bangun dari katil. Backpacknya yang separa berisi masih berada di situ. Tanpa berfikir panjang dia mengumpul kembali barang-barangnya & berniat untuk keluar dari situ. Keserabutan bersarang dalam benak fikirannya.
            Ya. Dia ingat. Dia sedang menginap di sebuah hotel untuk bertemu rakannya di kawasan sekitar. Dia lihat kembali sekeliling. Lelaki itu cuba mengimbas kembali keadaan terakhir yang diingati sebelum semua kekalutan ini terjadi. Tidak. Semuanya kelihatan sama saja. Sambil dia mengemas dia memerhatikan juga keadaan bilik dalam kesamaran. “Ada yang berubah, tapi apa?” Dalam keadaan separa blur, separa kalut, dia cuba mencari jawapan.
            Dia memukul backpack dalam keadaan tidak berpuas hati & menuju ke tandas untuk mencuci muka. Selesai beberapa bilasan, dia menghadap cermin di sinki. Dilihatnya pula akan mangkuk tandas & setiap inci ruang tandas ditiliknya. Tiada perubahan. Hatinya masih belum sedap. Dia harus keluar.
            Tuala dicapai dan wajah dilap kering. Sedang dia mengeringkan wajahnya, terdengar dendangan lagu “Dear God” dari kumpulan Avenged Sevenfold.
            Telefon.
            Lelaki tersebut terus parkour ke arah katilnya, melangkaui katil sebelah. Ada panggilan.

            Private Number

            “Pulak dah..” kata lelaki tersebut perlahan. Dia tidak berpuas hati. Angkara siapa semua ini? Mahu atau tidak, dia terpaksa menjawab panggilan itu. Jarinya menyentuh logo gagang hijau pada kiri skrin & meluncurkannya ke kanan. Dia terus menyambut panggilan.

            “Hello?”


bersambung...

Monday, March 23, 2015

Dah Tahu - Ariff Adly

6:22 PM Posted by Unknown 3 comments
“Cilake masing-masing tinggal aku sorang kat dalam!” Zack mengomel kepada 2 orang rakannya setelah ditinggalkan berseorangan di dalam sebuah bangunan tinggal. Mereka terus masuk ke dalam kereta tanpa bersuara.
“Engkorang ni pucat semacam apahal? Nampak apa-apa ke tadi?” soal Zack setelah 15 minit perjalanan kereta hanya berteman sepi dan hembusan penghawa dingin.
 Masing-masing tidak menjawab. Joe hanya menggeleng sekali dua sebagai respon.
“Dah tau penakut lain kali takyah ler follow ghost hunt. Baru nampak sekali dua dah bisu.” Zack berseloroh.
Perjalanan diteruskan.
**
“Elok-elok tidur tu, takut ada pontianak ke hantu raya follow balik. Kahkah!” usik Zack. Dua rakannya tidak bersuara terus merebahkan diri di atas katil. Selesai memasukkan kepala charger ke dalam henfon, Zack terus meluru ke bilik mandi.
**
Amir dan Joe kelihatannya sedang lena berselubung selimut. Zack ketawa kecil apabila teringat akan riak wajah pucat mereka berdua tadi. Kelakar.
Henfon dihidupkan. 6 whatsapp diterima datangnya dari Joe.


“Woi setan! Hangpa kat mana?”
“Haih aku dapat ampa dua nanti siap ah!”
“Zack, emergency. Amir jatuh lubang! Call aku ASAP!”
“Awat aku call xdpt ni oi? Kena bawak amir p spital!”
“Weh aku rasa ada benda dok ikut aku ni, hang kat mana?”
“Zack”


“Amir, oo Amir…” dari dalam selimut Joe bersuara.
Perlahan-lahan Zack menoleh semula ke arah dua rakannya yang sedang berbaring di atas katil. Pada ketika ini, tangan Zack yang memegang henfon tadi sudahpun menggigil. Dari tempatnya berdiri, dia dapat melihat kepala 'Amir'  masih di dalam selimut  menoleh 360 darjah; sedang cuba memandang 'Joe' dari tempat dia berbaring. Hampir 5 saat bilik itu hanya berteman sepi, sebelum Joe tiba-tiba ketawa.
“Dia dah tahu. He-heh.” kata Joe.

Hantu Moden - Ed Khilaf

12:08 PM Posted by Ed Khilaf (Ed) No comments
            “Kau tak payah la nak poyo,” sindir Dian. Panjang hanya menjeling ke arah kanan bahunya, tempat Dian bertenggek. “Ye la, makcik oi.. Kau ingat kau sorang je la laju?”, jawab Panjang. Dian mengekeh kecil. Panjang hanya tersenyum. Pandangan mereka tertumpu ke arah  bandaraya dari kawasan bukit.

            “Panjang…” kata Dian perlahan. Hantu galah itu menoleh. “Kawasan ni dah nak dibuka. Kau tak nak pindah ke?” Panjang mendengus perlahan tanda kecewa. “Entahlah. Kau agak mana lagi aku nak duduk? Lapan ratus tahun aku tinggal kat sini…”

“Betul Jang, tapi dah dekat sangat dengan sarang kau ni haa..” Dian memotong saat Panjang mula bermelankoli. “Bukit Botak sana kau tak nak try? Tu pun macam cara gak.” Mereka berdua menoleh ke arah bukit berkenaan yang terletak berhampiran lebuhraya MRR2. “Siapa je yang ada kat sana? Macam bosan je…”

“Dah, dah… kau fikir elok-elok. Kau nak stay sini, lantak kau. Kang kalau ada kes kat sini, apa-apa jadi kat kau, aku tak tahu ah…” kata Dian yang cuba mengakhiri perbualan. “Dah pukul 4 pagi dah ni. Ni kang aku masuk keje pukul 10.” sambungnya. “Alaaa… camnilah kau. Bukan selalu lepak.” keluh Panjang. Dia agak merindui rakannya itu. Maklumlah, persahabatan mereka menjangkau 100 tahun. Segala pahit maung yang mereka lalui sepanjang kehidupan sebagai makhluk halus, lebih-lebih lagi Dian, adalah sangat berharga. Melalui Panjanglah, Dian mempelajari selok-belok kehidupan makhluk halus. Meski berbeza spesis dan Dian baru sahaja menjalani kehidupan sebagai pontianak, Panjang tidak jemu membawanya pergi menemui beberapa pontianak lain yang senior untuk mendidiknya. Pendek kata, Panjang, si hantu galah yang selamba perwatakannya ini seolah seorang abang angkat.

“Alaa… Jang ko takyah la nak emo. Esok aku off. Boleh lepak lama skit. Gi area Kemensah la kang, orait tak?” Dian cuba memberikan cadangan. Di tangannya memegang telefon pintar Samsung S4. Dia sibuk melayan Whatsapp texting bersama rakan sekerja sambil berbual bersama Panjang.

Panjang mendengus lembut. “Mana2 je la, Dian oi.”

             “Okay la, aku nak ciao dulu. Eh, esok kau nak singgah office PLUS kan? Ada interview ko cakap hari tu?” Dian tiba-tiba teringatkan akan niat Panjang beberapa hari lepas. “Oh, job highway maintenance tu… Lepas lunch. Alaa… kat plaza tol area Gombak je pun. Tau la aku. Anyway mekasih sebab ingatkan.” jawab Panjang sambil tersenyum. “Ko jangan lupa emailkan resume aku nanti. Kang aku print sendiri. Aku nak sebelum lunch hour.” tambahnya lagi.

“Yelah.” jawab Dian ringkas.