Monday, March 23, 2015

Dah Tahu - Ariff Adly

6:22 PM Posted by Unknown 3 comments
“Cilake masing-masing tinggal aku sorang kat dalam!” Zack mengomel kepada 2 orang rakannya setelah ditinggalkan berseorangan di dalam sebuah bangunan tinggal. Mereka terus masuk ke dalam kereta tanpa bersuara.
“Engkorang ni pucat semacam apahal? Nampak apa-apa ke tadi?” soal Zack setelah 15 minit perjalanan kereta hanya berteman sepi dan hembusan penghawa dingin.
 Masing-masing tidak menjawab. Joe hanya menggeleng sekali dua sebagai respon.
“Dah tau penakut lain kali takyah ler follow ghost hunt. Baru nampak sekali dua dah bisu.” Zack berseloroh.
Perjalanan diteruskan.
**
“Elok-elok tidur tu, takut ada pontianak ke hantu raya follow balik. Kahkah!” usik Zack. Dua rakannya tidak bersuara terus merebahkan diri di atas katil. Selesai memasukkan kepala charger ke dalam henfon, Zack terus meluru ke bilik mandi.
**
Amir dan Joe kelihatannya sedang lena berselubung selimut. Zack ketawa kecil apabila teringat akan riak wajah pucat mereka berdua tadi. Kelakar.
Henfon dihidupkan. 6 whatsapp diterima datangnya dari Joe.


“Woi setan! Hangpa kat mana?”
“Haih aku dapat ampa dua nanti siap ah!”
“Zack, emergency. Amir jatuh lubang! Call aku ASAP!”
“Awat aku call xdpt ni oi? Kena bawak amir p spital!”
“Weh aku rasa ada benda dok ikut aku ni, hang kat mana?”
“Zack”


“Amir, oo Amir…” dari dalam selimut Joe bersuara.
Perlahan-lahan Zack menoleh semula ke arah dua rakannya yang sedang berbaring di atas katil. Pada ketika ini, tangan Zack yang memegang henfon tadi sudahpun menggigil. Dari tempatnya berdiri, dia dapat melihat kepala 'Amir' – masih di dalam selimut – menoleh 360 darjah; sedang cuba memandang 'Joe' dari tempat dia berbaring. Hampir 5 saat bilik itu hanya berteman sepi, sebelum Joe tiba-tiba ketawa.
“Dia dah tahu. He-heh.” kata Joe.

Hantu Moden - Ed Khilaf

12:08 PM Posted by Ed Khilaf (Ed) No comments
            “Kau tak payah la nak poyo,” sindir Dian. Panjang hanya menjeling ke arah kanan bahunya, tempat Dian bertenggek. “Ye la, makcik oi.. Kau ingat kau sorang je la laju?”, jawab Panjang. Dian mengekeh kecil. Panjang hanya tersenyum. Pandangan mereka tertumpu ke arah  bandaraya dari kawasan bukit.

            “Panjang…” kata Dian perlahan. Hantu galah itu menoleh. “Kawasan ni dah nak dibuka. Kau tak nak pindah ke?” Panjang mendengus perlahan tanda kecewa. “Entahlah. Kau agak mana lagi aku nak duduk? Lapan ratus tahun aku tinggal kat sini…”

“Betul Jang, tapi dah dekat sangat dengan sarang kau ni haa..” Dian memotong saat Panjang mula bermelankoli. “Bukit Botak sana kau tak nak try? Tu pun macam cara gak.” Mereka berdua menoleh ke arah bukit berkenaan yang terletak berhampiran lebuhraya MRR2. “Siapa je yang ada kat sana? Macam bosan je…”

“Dah, dah… kau fikir elok-elok. Kau nak stay sini, lantak kau. Kang kalau ada kes kat sini, apa-apa jadi kat kau, aku tak tahu ah…” kata Dian yang cuba mengakhiri perbualan. “Dah pukul 4 pagi dah ni. Ni kang aku masuk keje pukul 10.” sambungnya. “Alaaa… camnilah kau. Bukan selalu lepak.” keluh Panjang. Dia agak merindui rakannya itu. Maklumlah, persahabatan mereka menjangkau 100 tahun. Segala pahit maung yang mereka lalui sepanjang kehidupan sebagai makhluk halus, lebih-lebih lagi Dian, adalah sangat berharga. Melalui Panjanglah, Dian mempelajari selok-belok kehidupan makhluk halus. Meski berbeza spesis dan Dian baru sahaja menjalani kehidupan sebagai pontianak, Panjang tidak jemu membawanya pergi menemui beberapa pontianak lain yang senior untuk mendidiknya. Pendek kata, Panjang, si hantu galah yang selamba perwatakannya ini seolah seorang abang angkat.

“Alaa… Jang ko takyah la nak emo. Esok aku off. Boleh lepak lama skit. Gi area Kemensah la kang, orait tak?” Dian cuba memberikan cadangan. Di tangannya memegang telefon pintar Samsung S4. Dia sibuk melayan Whatsapp texting bersama rakan sekerja sambil berbual bersama Panjang.

Panjang mendengus lembut. “Mana2 je la, Dian oi.”

             “Okay la, aku nak ciao dulu. Eh, esok kau nak singgah office PLUS kan? Ada interview ko cakap hari tu?” Dian tiba-tiba teringatkan akan niat Panjang beberapa hari lepas. “Oh, job highway maintenance tu… Lepas lunch. Alaa… kat plaza tol area Gombak je pun. Tau la aku. Anyway mekasih sebab ingatkan.” jawab Panjang sambil tersenyum. “Ko jangan lupa emailkan resume aku nanti. Kang aku print sendiri. Aku nak sebelum lunch hour.” tambahnya lagi.

“Yelah.” jawab Dian ringkas.

Jongket - Hilmi Loma

11:13 AM Posted by Unknown No comments
Seorang lelaki yang sederhana besar dan pendek, tidak berleher dan berjambang serta bercawat tinggi sampai ke bahagian pusat yang diikat dengan tali pinggang berkepala singa berjalan terkatik-katik memasuki pintu kelab joget Chenta Sayang. Dia memerhatikan keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan puluhan tetamu yang sebaya umurnya atau mungkin lebih kepada had pangkat “Patut Naik Haji, Bukannya Kelab Joget”. Ada yang sedang leka meneguk air dari dalam botol bermacam bentuk dan warna, ada yang sedang asyik menari terhenjut-henjut, ada juga yang cuma memerhati dengan perasaan kosong. Kesunyian barangkali?
Dari bawah pentas, di lantai joget duduk menunggu di atas kerusi rotan yang tidak mempunyai penyandar, tiga belas orang perempuan-perempuan joget. Pakaian semuanya dihias sempurna dan secantiknya dengan hampir sama. Baju kebaya yang diketatkan dan dipendekkan beberapa inci, kain batik yang diikat sehingga bilamana berjalan bergeser diantara dua peha, dan kasut tumit tinggi yang sederhana menikam. Masing-masing menunggu dengan penuh sabar giliran untuk menari dengan pelanggan setia kelab joget Chenta Sayang.
Lelaki yang sederhana besar dan pendek itu terus laju melangkah ke arah perempuan joget yang bernombor tujuh. Pelekat nombor tujuh melekap kemas di atas bahagian dada kanannya yang semestinya berbuah montok dan melemaskan. Tiket berwarna merah jambu diberikan, sebelum tiket itu dimasukkan ke dalam balang kaca yang tersedia tersisi dengan empat helai tiket merah jambu yang terletak di bawah kerusi rotan. Perempuan joget itu tersenyum dan terus laju melangkah ke lantai tari bersama lelaki tersebut.
“Som ingatkan abang Kus tidak jadi datang tadi. Hati Som rasa gelisah, abang Kus.”
Lelaki itu ketawa kecil sebelum menjawab.
“Mana mungkin abang Kus tidak datang untuk menari dengan Som? Bukankah abang Kus sudah bilang sejak pertemuan kita dahulu, setiap malam abang Kus akan datang untuk menari dengan Som..”
“Tapi abang Kus, bagaimana dengan isteri abang Kus? Anak-anak abang Kus?”
“Ah! Biarkan sahaja mereka semua. Mereka tidak pernah fikir akan kebahagiaan abang Kus. Cuma Som seorang yang memahami perasaan abang Kus..”
Suasana hingar-bingar manusia yang diselang-selikan dengan mainan muzik dari pemuzik-pemuzik di tepi pentas bertambah bising dan gempita dengan tepukkan tatkala seorang perempuan yang berhias diri bak seorang Primadona muncul di atas pentas. Lengkas bermastora dan bertiara.
Seorang lelaki genit mencapai mikrofon.
TUK! TUK!
“Test! Test! Selamat malam, selamat bergembira kepada semua pengunjung kelab joget Chenta Sayang!” Sekali lagi tepukkan gemuruh diberikan oleh pengunjung. Som dan abang Kus tidak terkecuali.
“Malam ini merupakan malam yang istimewa buat kita semua, penyanyi terkenal daerah kita ini, akan membuat persembahan secara langsung di kelab joget Chenta Sayang! Tanpa membuang masa, saya persilakan.. Chombee Salbiah, dengan lagu Laksmana Raja Di Laut!”
Intro muzik dimainkan, Chombee Salbiah mengorak langkah tarinya yang seakan tarian zapin sambil menggenggam mikrofon di tangan kiri. Tidak kena dengan persalinan Primadona yang dipakai yang selayaknya bukan untuk muzik gah melayu itu.
“ZAPIN.. AKU DENDANGKAN.. LAGU MELAYU.. PELIBUR HATI.. PELIPUR LARA…” Rata-rata pengunjung kelab joget semua turut berjoget dan menari mengikut rentak lagu zapin tersebut.
Deretan perempuan-perempuan joget yang sedang menunggu pelanggan semuanya bingkas bangun, tidak terkecuali untuk menghiburkan hati. Suasana kelab joget berubah warna seolah pesta joget lambak. Di dalam keadaan seronok dan kacau-bilau itu, abang Kus sempat menarik Som ke tepi, jauh sedikit dari lantai tari.
“Kalsom, abang Kus ada berita sedih yang mahu abang Kus beritahu pada Som. Abang Kus harap Som tidak berduka cita ya?” Som menahan nafasnya.
Dada montoknya berhenti bergerak bila nafasnya di tahan. Mimpi ngerinya bakal menjadi kenyataan, getus suara kecil dibenak.
“Mungkin ini malam terakhir kita menari di kelab Chenta Sayang ini. Abang Kus sudah tidak mampu lagi..”
“Abang Kus mahu meninggalkan Som? Apa itu sebenarnya bukan? Som sudah mengerti sejak awal perkenalan kita dahulu. Som cuma perempuan joget, bukan perempuan elok dan molek untuk abang Kus menjadikan suri di rumah dan di hati abang Kus. Som redha abang Kus, Som mengerti.. apa ini maknanya abang Kus sudah tidak cinta dan sayang sama Som lagi?” Abang Kus ketawa kecil. Sekali lagi. Tetapi kali ini sedikit terbatuk.
“Abang Kus, abang Kus tidak apa-apa?”
“Uhuk! Uhuk! Uhuk!”
Som segera laju mendapatkan air putih suam dari dalam bekas termos di balik langsir belakang pentas. Dituangkan ke dalam cawan kaca. Ketika itu, Som melihat keadaan kelab joget Chenta Sayang dari belakang pentas.
Puluhan manusia yang sedang berjoget tidak sedarkan diri, lampu-lampu neon yang bergemerlapan, dan ketika itu satu suara halus menerpa rongga telinganya.
“Apakah ini yang kau mahu? Kau mahu harta? Kau mahu keseronokkan? Kau mahu selamanya menjadi dambaan perjaka? Kau mahu selamanya bergelumang dosa? Kau mahu apa?” Som menggelengkan kepalanya beberapa kali dan terus mendapatkan abang Kus yang sedang duduk bersandar di atas kerusi berdekatan dengan meja kudap-kudapan. Perlahan-lahan abang Kus meneguk air suam tersebut.
“Abang Kus tidak apa-apa? Jangan bagi Som risau, abang Kus. Som…” “Som, Som. Kamu benar-benar cinta sama abang Kus ya?”
“Ya iyalah, abang Kus! Kalau tadi apa-apa terjadi pada abang Kus, bagaimana Som mahu jelaskan pada isteri dan anak-anak abang Kus di rumah? Terus jadi bualan kampung abang Kus, yang abang Kus sama saja seperti lelaki-lelaki jongos di luar sana! Kaki kelab joget!” Som membuat wajah. Seolah merajuk sambil mencebik.
Abang Kus merapati Som.
“Som, ini kali terakhir kita berjumpa di kelab joget ini…”
 “Mengapa mahu diulang ayat yang berbisa itu abang Kus, cukuplah.. abang Kus, cukuplah..”
Abang Kus mengambil kedua belah tangan Som dan dilekapkan ke dadanya. Dia memandang wajah Som dengan penuh perasaan kasih. Som membalas dengan riak wajah celaru.
“Maksud abang Kus, ini kali terakhir kita berjumpa di kelab joget ini kerana malam ini, malam bermakna buat abang Kus. Perasaan berani dan ikhlas ini terbit dari hati abang Kus..”
“Apa saja yang abang Kus mengarutkan, malam sudah larut abang Kus. Pulanglah..” “Tapi, Som. Dengarlah dulu isi hati abang Kus..” Som membentak.
“Apa? Abang Kus mahu melafazkan isi cinta tulus dari hati abang Kus? Begitu bukan? Simpan saja semua pendustaan itu abang Kus. Som sudah letih untuk membuka dan menerima cinta dari lelaki-lelaki kelab joget! Semuanya dusta dan berlandaskan nafsu semata. Som letih, letih dengan dusta lelaki abang Kus..”
Abang Kus cuba untuk mencelah tetapi dihalang secara terus oleh Som.
“Mustahil bagi seorang suami yang juga seorang bapa seperti abang Kus mahu berkahwin dan cinta sama Som! Som ini perempuan joget! Som menjongket punggung Som ini, dari malam ke malam yang lain untuk sesuap nasi. Barangkali juga ada bergesel-gesel sedikit demi untuk uwang lebih. Apa, abang Kus sanggup menerima Som lagi?”
“Abang tetap..”
“Ah! Dusta! Dusta!” Som bangkit, dada yang montok turun naik seolah menyokong amarahnya yang entah dari mana terbit.
“Apa bukan tadi Som juga yang bilang mahu menjadi suri hati abang Kus?” Nada abang Kus bergetar, menahan emosi lelakinya.
Giliran Som pula ketawa kecil. Abang Kus mengangkat kening.
“Mungkin, mungkin buat seketika tadi. Dan mungkin juga kalau abang Kus terlebih dahulu mengucapkan di awal perkenalan kita dahulu, semua ini tidak akan terjadi. Ya, Som rasa semuanya sudah terlambat abang Kus. Teman joget di lantai tari, ya. Masih Som terima. Tetapi untuk selamanya menjadi suri.. maaf abang Kus. Som sudah penat..”
Som melangkah lambat-lambat ke lantai tari sebelum sempat berpusing dan memandang ke arah abang Kus yang jelas kecewa.
“Ini dunia Som, abang Kus. Perempuan joget..”
Abang Kus menunduk, dia kalah dengan emosi. Dia sempat melepaskan keluhan kecil tatkala Som sudah hilang dari pandang.
“Mungkin kalau aku dari awal dahulu menyatakan semuanya.. mungkin….”

“SO IF YOU REALLY LOVE ME.. 
SAY YES, BUT IF YOU DON’T DEAR.. 
CONFESS. AND PLEASE DON’T TELL ME.. 
PERHAPS, PERHAPS, PERHAPS.. 
PERHAPS, PERHAPS, PERHAPS..”

*DORRIS DAY – PERHAP, PERHAPS, PERHAPS*

Caramel Latte - Aimi

8:03 AM Posted by Unknown No comments

“You look beautiful tonight, can I buy you a drink?”
“Thank you, you look dashing as well. Caramel latte please.”
“Caramel latte?”
“Bitter and sweet. Intense flavour in your mouth.”
“Would it be bitter and sweet like your personality?”
“Maybe…”
“A trick to get a boy home tonight?”
“Hopefully.”

Later that evening, the young man’s vision became hazy. Night falls, he managed to woke up from the deep sleep. Head pounding and confused, the young man tried to tug his hand but it was cuffed on the end of the bed post while his legs was chained to the other end of the bed post. Chest half exposed, he tried again tugging the cuff but ended up cutting the first layer of his skin. Eyes looked around the room where spanks, red rope and sharp needles were display. His eyes froze to a woman standing in front of her wearing a full body black spandex suit that covered her face except her eyes and mouth. In her hand, she held a lather belt which she held tightly.

“What… where am I?!”
“You are in caramel latte”
“What?”

“You are in my domain.”

Sunday, March 22, 2015

Parallel Offline (bhg 2) - Ed Khilaf

9:54 AM Posted by Ed Khilaf (Ed) No comments
“Mana daa woi? Angkat la tepon!” Ash mengomel seorang diri sambil diperhatikan roommatenya. “Entah-entah tido dah ke kau ni pun boleh tahan nak call orang pukul 2-3 pagi.” Seloroh Aying yang sedang menggaul mi goreng segera yang masih panas di meja.
“Alaa.. mamat ni pun bukan betul sangat. Aku perlukan hiburan malam ni.”, rungutnya lagi. Telefon pintar berjenama Samsung S3 diletakkan kembali di atas meja. “Wei Aying, apa movie best kau ada? Jenama xxx aku takmau.” Gurau Ash acah serius. “Banyak la kau.” Jawab Aying sambil membaling sampah bungkusan mi segera ke arah Ash. Gadis berusia 24 tahun bertubuh sedikit besar mengelak dengan laungan “woi!” yang tidak berapa kuat. Aying mengekek kecil.
“Movie, movie... Wei minggu depan nak test la. Bawak-bawak la baca buku ke apa.” Aying cuba menasihati teman sebiliknya. Ash hanya mendengus. “Engkau tak payah acah baik sangat. Assignment hari tu pun tak siap lagi kan?”
Aying tersengih kantoi. Dia menjamah mi segera cap Indomee yang sudah suam-suam kuku. “Wei Ash, The Conjuring kau dah tengok?” Aying cuba menukar subjek. Ash sibuk meneliti fail di desktop Aying. “Dah. Lain?” jawab Ash ringkas. Dari mimik mukanya dia tahu Ash seolah tidak berminat dengan movie sebegitu. “Tak cukup seram. Apa je movie kau ada dalam ni? Baru punya takde ke?”
“Baru-baru kau download la sendiri. Mana aku tau kau nak tengok citer apa.” Balas Aying selamba. Dia menyuap perlahan mi segera sambil memejamkan mata. “Sedap tau wei pekena indomee ni. Kalau nak ambik la kat almari.” Aying menawarkan. Mata Ash masih tertumpu pada skrin komputer. “Haa... okey. Kejap.” Jawab Ash.
Blackout. Segalanya terpadam termasuk komputer. Keadaan haru-biru dengan seisi asrama merungut. Ash mula mencarut tidak puas hati. Aying meraba-raba mencari telefon pintar.
Aying akhirnya berjaya mendapatkan telefon & membuka aplikasi lampu. Dia menyuluh keadaan sekeliling. Ash membuka pintu biliknya. Dia melihat beberapa orang penghuni bilik lain keluar dek kejadian.
Sesuatu tak diduga berlaku. Terdengar jeritan dari tingkat atas asrama. Ash berasa tak sedap hati. Sebelum meluru ke arah tangga, Ash menyuruh Aying untuk tinggal bersama mereka di koridor. Keadaan bertukar cemas. Aying kaget.
“Ah, sudah...”
**
“Bolehlah..” Khairi mengambil keputusan untuk memuat turun filem Silent Hill yang pernah ditontonnya sebelum ini. Kopi tadi dihirup habis. Dia mengambil keputusan untuk memuat turun filem Grave Encounters di waktu lain. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Memandangkan esok dia tidak bekerja, Khairi memutuskan untuk berjaga hingga subuh. 
Khairi bangun dari kerusi untuk mendapatkan telefonnya yang berada di atas meja makan. Simbol gagang merah muncul di sudut atas kiri skrin. “Hmm.. Ash? Kenapa?” tanya Khairi sendiri. Dia hanya menghantar mesej melalui Whatsapp sebelum meletakkannya kembali. “Buang tebiat la minah sorang ni.” Khairi hanya tersengih.
Dia kembali memeriksa perkakas muat turun torrent. Data muat turun sehingga 214 kb. Memang laju muat turun pada waktu malam. Khairi tersenyum. Dia menjangkakan dalam masa kurang sejam fail berformat mkv yang bersaiz 700mb akan selesai dimuat turun.
“Eh, apa ni?” Matanya tertumpu kepada sebuah iklan di sudut bawah kiri perkakas torrent tersebut. Terdapat satu illustrasi 3D makhluk menyeramkan dengan butang “PLAY NOW” yang timbul. Sorot mata makhluk seakan wanita itu seolah merenung tepat ke arahnya. “Macam real la pulak. Try la.” Fikirnya. Tanpa membuang masa Khairi klik pada tetikus & muncul tab baru di browser.
Malangnya browser menjadi pegun. Panah tetikus tidak bergerak. Segalanya tersekat pada tetingkap browser hitam. Khairi yang sudah hilang mood mendecit tidak puas hati. Dia rasa cukuplah untuk aktiviti malam itu & mengambil keputusan untuk berehat menanti subuh.

bersambung...

Saturday, March 21, 2015

Semati - Ariff Adly

5:33 AM Posted by Unknown No comments
“Kenapa senyap je?” soal aku.
Tanganku sibuk menjahit sesuatu yang istimewa buat kami.
Hari ini lebih kurang sama seperti hari biasa. Faris duduk di sebelah, bezanya hari ini dia tidak banyak cakap. Mungkin dia letih. Tak apalah, aku faham.
“Awak ingat lagi masa awal-awal kita bercinta? Dulu, awak ada janji kita akan menikah. Disebabkan percaya, saya serah segalanya. Jiwa, dan raga.”
“Tengok, apa dah jadi dengan kita sekarang?”
“Lepas saya mengandung anak awak; anak kita; mak ayah awak caci saya. Kata saya tak ada maruah. Kata saya perempuan murah."
“Sebab saya sayang, saya diamkan. Saya masih percaya kata-kata awak. Mungkin betul, cinta itu buta, kan sayang?"
Faris masih tidak bersuara. Aku mengusap lembut pipinya. Faris masih tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berbual dengan aku.
“Hm tapi.. saya tak boleh terima bila dapat tahu keluarga awak nak tetapkan pernikahan awak dengan orang lain. I just can't.”
 “Ah, siap! Tengok ni…”
Aku mengangkat sebelah tanganku yang selesai dijahit erat dengan tangan kirinya. Kemudian, pisau yang tertancap di dadanya aku tarik lembut. Darah yang mengalir dari tadi terpancut sedikit mengotorkan alas meja; menghasilkan satu corak abstrak.
“Cantikkan, sayang?” aku tersenyum.
Faris masih bisu. Mungkin dia malu.
Duduk di hadapan aku, Farah, tunang Faris juga tidak bersuara. Garpu yang aku guna untuk menikam lehernya masih lagi tertancap di tempat yang sama. Bebola matanya yang aku korek dan masukkan di dalam cawan berisi sirap limau tadi seolah sedang memandang aku tepat ke anak mata.
Cemburu lettew.
Aku tersenyum. Perlahan-lahan aku melalukan pisau tadi; mengelar leherku sendiri. Kini darah aku memancut keluar. Ada yang terus ke lantai, ada juga yang bersatu dengan darahnya di atas meja.
Cantik.
“Ingat tak Faris, dulu awak kata kita akan bersama sehidup semati? Awak dah janji, kan?”
“Malangnya, kita tak mampu sehidup. Tapi tak apa, saya dah ada cara untuk kita semati. Kat situ kita boleh mula hidup baru. Saya, awak, dan anak kita. Hihi.” bisik aku, masih tersenyum.

PINTU - Aimi

3:06 AM Posted by Unknown No comments
“Aku kat mana ni?” kata Arif sebaik terjaga. Sekelilingnya putih, seputih-putihnya dan secerah cerahnya. Mungkin lebih cerah dari masa depannya.
“Kat mana ni sia?” monolog sendiri. Dia bangun daripada posisi baringnya. “Bapak sakit pinggang aku.”
Arif bangun dan terus berjalan…
“Dah berapa lama aku jalan, mana pintu keluar ni?” Katanya, terduduk sambil mengaru lehernya yang tidak gatal.
“Woi setan, kau fikir lawak le hah? Aku kat mana?! Apa agenda korang?!” bentaknya, turun naik nafasnya. Dia memandang sekeliling hanya putih tanpa sebarang calitan warna lain. Putih dan terlalu cerah untuk matanya.
Sunyi, sepi tanpa sebarang jawapan.
“Woi pengecut! Jawablah!” Marahnya lagi
“Apa agenda korang!!”menjerit lagi. Kembali berdiri dan menghentak kakinya “APAA!”
Arif terduduk sekali lagi. Dia memandang sekelilingnya. Sifar harapan untuk keluar. Kosong. Tiada satu yang tinggal dalam memorinya selain namanya. Tiada satu tanda atau klu di situ. Tiada siapa, atau apa apa di situ.
Dia cuba berfikir sedalam yang mungkin tapi otaknya kosong seperti sesuatu telah menyedut memorinya keluar.
“Haram jadah betul, apa semua ni?” katanya. Melurut rambutnya.
Dia cuba bangkit, untuk meneruskan perjalanan tetapi dia tidak dapat mengerakkan kakinya.
Great, now kaki stuck kat sini.
Beberapa jam berikutnya, seluruh anggota badannya tidak dapat digerakkan. Dia telah ditelan cahaya itu dan mati dalam keadaan yang sungguh misteri.
Dia telah mati dan tiada siapa tahu.

“Arif Azmeen, 25 tahun, telah dilaporkan hilang pada 3 Mac yang lalu. Mangsa dilaporkan berada di kediamannya sebelum dilaporkan hilang. Tiada sebarang saksi mahupun bukti yang mampu membantu siasatan ini. Saya Amira Lisa, melaporkan dari tempat kejadian."

Berita yang disampaikan disambut dengan penuh gembira. Tiada siapa peduli. Tiada siapa menanti kepulangannya. Tiada siapa, mahu menyelesaikan misteri itu. Pergi mampus dengan setan tu.